Olivier Giroud ucap selamat tinggalkan buat skuad Perancis

Ammar Hakim
July 16, 2024 10:02 MYT
Olivier Giroud telah menghantar mesej penuh emosi kepada pemain dan penyokong Perancis selepas kerjaya antarabangsanya berakhir di Euro 2024.
Giroud sudah pun mengesahkan dia akan bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas kejohanan di Jerman, di mana Perancis kurang memberangsangkan dalam perjalanan ke separuh akhir sebelum tewas kepada juara akhirnya Sepanyol.
Penyerang itu -- yang telah bersetuju untuk menyertai kelab MLS, Los Angeles FC selepas meninggalkan Milan -- hanya bermain 59 minit dalam empat penampilan di Euro 2024, semuanya sebagai pemain gantian.
Dia menjaringkan 57 gol dalam 137 penampilan untuk Les Bleus, meletakkannya di hadapan Thierry Henry (51) dan Kylian Mbappe (48) dalam carta penjaring sepanjang masa negaranya.

Ma vie en Bleu ??♥️?? #FierdetreBleu pic.twitter.com/VHAxksO3fl

— Olivier Giroud (@_OlivierGiroud_) July 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam satu kenyataan menerusi X pada hari Isnin, tepat enam tahun selepas dia membantu Perancis memenangi Piala Dunia 2018, Giroud menulis, "Saat yang menakutkan telah tiba: iaitu mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Perancis.
"Sungguh membanggakan memakai jersi biru ini dan mewakili Perancis. Dengan menyertai pasukan ini, saya menemui keluarga kedua bersama pemain dan kakitangan pasukan.
“Kami sentiasa menyokong satu sama lain, kami pernah mengalami kegembiraan dan kekecewaan, kemenangan dan kekalahan, tawa dan air mata tetapi sentiasa bersatu dan menyokong.
“Karier saya bersama pasukan Perancis tidak selalu berjalan lancar. Kadangkala saya ragu, saya juga mengalami kritikan tetapi jauh di lubuk hati, saya tidak pernah berhenti mempercayai.
"Mulai sekarang, saya menjadi penyokong nombor satu Les Bleus. Pasukan Perancis yang saya berkhidmat selama 13 tahun ini akan kekal selama-lamanya terpahat di hati saya. Ia adalah kebanggaan terbesar saya dan ingatan terindah saya."
#Olivier Giroud #Perancis #Euro 2024