Olimpian wanita Uganda meninggal dunia dibakar teman lelaki

Saufi Tahir
September 5, 2024 20:15 MYT
Pelari maraton Uganda, Rebecca Cheptegei, meninggal dunia hari ini susulan anggota badannya melecur hingga 80 peratus selepas teman lelakinya mencurahkan petrol dan terbakar, minggu lalu.
Atlet berusia 33 tahun itu turut mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Paris 2024 sebelum menjadi mangsa simbahan cecair itu kemudian dibakar di kediamannya sendiri di Kenya.

We have learnt of the sad passing on of our Olympic athlete Rebecca Cheptegei OLY following a vicious attack by her boyfriend. May her gentle soul rest in peace and we strongly condemn violence against women. This was a cowardly and senseless act that has led to the loss of a… pic.twitter.com/V8Mog3oMOX

— Donald Rukare (@drukare) September 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Presiden Sukan Olimpik Uganda, Donald Rukare, berkongsi: 'Kami mengetahui mengenai pemergian olimpian, Rebecca Cheptegei yang menyedihkan susulan serangan ganas oleh teman lelakinya.
"Semoga rohnya tenang dan kami mengutuk sekeras-kerasnya keganasan terhadap wanita. Ini adalah tindakan pengecut dan tidak masuk akal yang telah menyebabkan kehilangan seorang atlet yang hebat. Legasi dia akan terus berkekalan." katanya menerusi aplikasi X.
#Sukan Olimpik #Maraton #Rebecca Cheptegei