Neymar kembali menjalani latihan penuh bersama Paris Saint-Germain (PSG), sekali gus menjadi pemangkin besar buat pasukan gergasi Perancis itu menjelang tiga perlawanan penting dalam tempoh seminggu ini.

Pemain kebangsaan Brazil itu tidak beraksi dalam dua perlawanan terakhir PSG -- kemenangan dalam aksi liga ke atas Montpellier dan Toulouse -- gara-gara kelesuan otot.

Bagaimanapun, Neymar kini dijangka akan dapat kembali menjelang aksi Classique menentang Marseille di Stade Velodrome bagi pertembungan pusingan 16 Coupe de France awal pagi Khamis ini.

Pendahulu Ligue 1 itu kemudian akan menghadapi pasukan di tangga keempat, Monaco, pada hujung minggu ini sebelum bertemu Bayern Munich bagi perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pertengahan minggu depan.

=====

PSG memuat naik sekeping gambar menujukkan Neymar sedang berlatih besama pasukannya malam tadi sambil seorang lagi tonggak penting yang sedang cedera, Sergio Ramos, turut kelihatan.

Kylian Mbappe, dalam pada itu, dijangka akan terlepas sekurang-kurangnya sehingga aksi pertama menentang Bayern selepas mengalami kecederaan pinggul.