Neymar kembali bangkit pamer aksi gemilang selepas setahun berehat

Aleqha Zainal
October 22, 2024 18:46 MYT
Neymar Junior, 32, kembali dengan penampilan pertama di padang untuk Al-Hilal selepas pulih daripada kecederaan lutut yang serius selama setahun.
Dia mengalami kecederaan ACL semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Uruguay pada Oktober 2023.
Selepas menjalani pembedahan setahun lalu, Neymar sudah pulih sepenuhnya dan kembali beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) apabila masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-77.
Perlawanan itu berakhir dengan kemenangan mendebarkan 5-4 untuk Al-Hilal ke atas Al-Ain, yang menyaksikan dua hatrik dan satu kad merah.
Neymar hampir menjaringkan gol dalam serangan balas tetapi tidak berjaya.
"Saya rasa baik.
"Saya sudah kembali," katanya.
#Neymar #ACLE
;