Neymar beri amaran, beraksi dengan Mbappe umpama 'neraka'

Saufi Tahir
September 24, 2024 10:31 MYT
Bintang Al-Hilal, Neymar, dikhabarkan memberikan amaran buat rakan senegaranya di Real Madrid seperti Vinicius Junior, Rodrygo, dan Eder Militao mengenai kehadiran Kylian Mbappe di kelab gergasi Sepanyol itu.
Gandingan tajam itu sebelum ini pernah menjadi mimpi ngeri buat pasukan lawan ketika beraksi bersama di Paris Saint-Germain dengan mereka telah beraksi dalam 136 perlawanan sejak 2017 hingga 2023.

The game is mine! #EsportsWorldCup ? Showing everyone how it’s done @EWC_EN pic.twitter.com/J269hbbfcb

— Neymar Jr (@neymarjr) August 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, gadingan Neymar-Mbappe telah merangkul empat kali trofi Ligue 1.
Amaran itu diberikan menerusi wartawan terkenal, Cyril Hanouna, yang menjelaskan: " Pemain Brazil di Madrid merupakan rakan Neymar.

Mbappe confirmed to L'Equipe that he called Neymar a ‘bum’ for not passing to him ? pic.twitter.com/pcSB9VMNcm

— ESPN FC (@ESPNFC) October 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sentiasa ada perseteruan melibatkan Neymar dan Mbappe. Neymar telah memaklumkan mengenai Mbappe kepada pemain Brazil bahawa ia merupakan malapetaka, ia umpama neraka." katanya.
#bola sepak #Neymar #Real Madrid #Kylian Mbappe