Muzaffar Musa
Sat May 15 2021
Neymar mempersoalkan keputusan pihak pentadbiran bola sepak Perancis selepas digantung daripada menyertai perlawanan Paris Saint-Germain (PSG) menentang Monaco dalam final Coupe de France minggu depan.
Pemain kebangsaan Brazil itu dilayangkan kad kuning hanya selepas empat minit dimasukkan daripada bangku pemain simpanan ketika pasukannya terikat 2-2 dengan Montpellier dalam separuh akhir Rabu lalu, di mana PSG memenangi penentuan penalti 6-5.
Neymar, yang digantung dua perlawanan selepas dilayangkan kad merah ketika menentang Lille bulan lalu, menerima padah apabila digantung satu lagi perlawanan berikutan kesalahan berulangnya.
Pihak jawatankuasa disiplin liga itu telah mengesahkan Neymar tidak akan dapat beraksi dalam perlawanan akhir menentang Monaco di Stade de France.
Mengulas mengenai perkara itu dalam laman Instagramnya, Neymar berkata: "Saya mahu memahami sebab yang diberikan mereka yang menguruskan urusan layangan kad di Perancis!
"Mereka layak mendapatkan pujian, Ia benar-benar huru-hara."
Luahan Neymar itu mungkin akan merisikokannya untuk mendapat hukuman yang lebih berat daripada badan disiplin liga itu selepas turut mengkritik pengadil, Jeremie Pignard, selepas kemenangan ke atas Montpellier.
"Saya beraksi selama lima minit, melakukan kesalahan dan dia terus memberikan saya kad kuning tanpa berfikir panjang," tulis Neymar dalam media sosialnya awal minggu ini.
"Terima kasih kerana menggantung saya daripada aksi final. Saya fikir ia sesuatu yang bersifat peribadi."
Saya hampir putus asa -- Neymar dedah kecederaan ACL hampir paksa dirinya bersara
Neymar mengakui terlintas mempertimbangkan untuk bersara selepas mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) ketika mewakili Brazil tahun lalu.
Dia sepatutnya menang lima Ballon d'Or -- Buffon kepada Neymar
Legenda bola sepak Itali, Gianluigi Buffon, menyuarakan keyakinannya terhadap kehebatan Neymar Santos Junior yang sepatutnya sudah merangkul anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali berdasarkan kualiti permainannya yang luar biasa semasa di Paris Saint-Germain (PSG) pada musim 2018-2019.
Al-Hilal hilang sabar dengan Neymar, sasar bawa masuk Cristiano Ronaldo
Al-Hilal kelihatan sudah hilang sabar dengan Neymar
Neymar cedera lagi!
Neymar sekali lagi mengalami kecederaan apabila terpaksa dikeluarkan lebih awal ketika Al-Hilal menewaskan Esteghlal 3-0 dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Kingdom Arena, Riyadh awal pagi tadi.
Kelayakan Piala Dunia 2026: Neymar tidak tersenarai dalam skuad Brazil
Neymar sudah kembali beraksi selepas direhatkan hampir setahun ekoran kecederan ligamen lutut (ACL), namun ia tidak akan beraksi dalam dua perlawanan terakhir tahun ini bersama skuad kebangsaan.
UEL: Seperti kami ada Neymar -- James Maddison
Perancang Tottenham Hotspurs, James Maddison, membandingkan rakan sepasukannya, Mikey Moore, dengan bintang sensasi, Neymar, susulan aksi berani pemain berusia 17 tahun itu membantu pasukannya menewaskan AZ Alkmaar 1-0, di laman sendiri, awal pagi tadi. Graduan akademi Tottenham itu beraksi dalam perlawanan keduanya bersama skuad senior dan bermai
Neymar kembali bangkit pamer aksi gemilang selepas setahun berehat
Neymar Junior, 32, kembali dengan penampilan pertama di padang untuk Al-Hilal selepas pulih daripada kecederaan lutut yang serius selama setahun.
ACLE: Nazmi Nasaruddin tenang layang kad merah buat rakan sepasukan Neymar
Pengadil negara, Nazmi Nasaruddin, tenang mengadili aksi hangat di antara Al Ain dan Al Hilal dalam Perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Hazza Bin Zayed, Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal pagi tadi.
Neymar beri amaran, beraksi dengan Mbappe umpama 'neraka'
Bintang Al-Hilal, Neymar, dikhabarkan memberikan amaran buat rakan senegaranya di Real Madrid seperti Vinicius Junior, Rodrygo, dan Eder Militao mengenai kehadiran Kylian Mbappe di kelab gergasi Sepanyol itu.
Wakil Neymar berang laporan palsu
Wakil Neymar menempelak khabar angin yang melaporkan bintang Brazil itu berhasrat meninggalkan Al Hilal demi kembali ke Barcelona.
Dyche: Nobody really cares about the size of the job at Everton
Dyche: Success not just on pitch
Rangers 3-0 Celtic: Hosts dominate to claim vital Old Firm victory
Report: Rangers 3-0 Celtic
'My heart is full' – Djokovic loving life on and off court in Brisbane
Djokovic: My heart is full
Milan coach Conceicao puts family ties on hold ahead of Juve clash
Conceicao wants to beat his son
Ancelotti expects LaLiga title race to be a close one
Ancelotti expects close title race
Cummins: Marsh dropped to freshen Australia up
Marsh dropped to freshen team up
Westbrook hails 'best in the world' Jokic after historic feat
Westrbook leads Jokic plaudits
Wilson vows there's more to come from Fulham ahead of Ipswich clash
Preview: Fulham v Ipswich Town
Great Britain eliminated by Poland in United Cup quarter-final
Great Britain out of United Cup
Sabalenka stands firm to overcome Putintseva in Brisbane
Sabalenka through to Brisbane QFs