Hanya degan kelibat Neymar, barulah Brazil berpeluang menjulang Piala Dunia 2026.

Pendapat itu disuarakan legenda yang memenangi edisi 1994 buat skuad Samba, Romario.

32 tahun lalu, Romario membantu Brazil memenangi Piala Dunia di Amerika Syarikat (AS) dan biarpun Neymar gagal menyerlah bersama Al-Hilal, ia sedikit pun menjejaskan tanggapan Romario terhadap kemampuan pemain berumur 32 tahun itu.




"Brazil hanya akan memenangi Piala Dunia seterusnya jika Neymar ada. Dalam edisi 1962, Brazil mempuyai Garrincha, pada 1970 menerusi Pele, 1994 dengan Romario dan 2002 melalui Ronaldo.

"Pada 2026, andai tidak mempertaruhkan Neymar, mereka tidak akan menang.ā€