NEWCASTLE 4 BRIGHTON 1

Pengurus Newcastle, Eddie Howe, berpesan kepada pemainnya bahawa kemenangan penting ke atas Brighton dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi tidak akan membawa sebarang makna jika mereka gagal mengatasi Leicester untuk mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara (UCL).


Kedudukan The Magpies terselamat daripada digugat di St James’ Park apabila perlu mempertahankan pendahuluan 2-1 ketika bergelut untuk mematahkan serangan balas The Seagulls sebelum akhirnya membunuh permainan untuk menang 4-1.

Justeru, mereka mendahului empat mata di depan Liverpool yang menguasai tangga kelima dengan kedua-dua kelab berbaki dua perlawanan dengan tiket UCL musim depan menjadi taruhan.

Andai The Reds tewas di tempat sendiri kepada Aston Villa, malam esok, atau mereka menewaskan The Foxes di Tyneside dua hari kemudian.

Ditanya betapa besarnya erti kemenangan itu, Howe berkata: “Ia adalah satu kemenangan yang cukup bermakna bagi kami.

“Saya tahu ia agak klise tetapi ia tidak akan bermakna jika kami gagal meneruskannya dan ini adalah sebuah perlawanan yang amat sukar.




"Selepas perlawanan getir hari ini dan atas apa yang telah kami curahkan dalam perlawanan ini, kami sedar bahawa kami perlu mengulanginya.

“Tiada apa-apa yang akan diserahkan kepada anda secara percuma dalam EPL. Kami tahu kualiti Leicester jadi kami perlu tenang.

"Kami perlu berehat dengan baik dan kami perlu mempunyai fokus dan mentaliti yang sama seperti yang kami ada pada hari ini.”