Sven Botman meninggalkan Lille demi menandatangani kontrak bersama Newcastle United dalam perpindahan yang dilaporkan bernilai £31.8 juta (RM170.8j).

Botman telah dikaitkan dengan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu selain juara Serie A, Milan, sejak Januari lalu.

Pertahanan itu sempat berunding dengan kedua-dua kelab bereknaan sebelum tertarik dengan projek di Newcastle, tetapi Lille menolak tawaran awal Magpies yang dibuat di pertengahan musim lalu.

The Magpies dan Milan pada mulanya kecewa berikutan Lille menuntut bayaran tinggi ke atas pemain yang berazam untuk meninggalkan Ligue 1 itu.




Begitupun, pasukan kendalian Eddie Howe itu berhasil memujuk Lille, hujung minggu lalu, dan prospek bintang Belanda tersebut sudah pun selesai menjadi ujian perubatan di Tyneside ia dimuktamadkan minggu ini.

Botman, 22, bekas graduan akademi Ajax yang memenangi Ligue 1 pada musim pertamanya di Perancis juga bersetuju dengan syarat kontrak lima tahun di St James' Park.

Berikutan pembelian Matt Targett dan Nick Pope, Botman pastinya akan menjadi pilihan utama Howe berbanding Dan Burn -- seorang lagi pertahanan tengah berkaki kiri yang yang ditandatangani Januari lalu.