NBA: Nash puji Harden selepas cipta 'triple-double' besar buat Nets

Muzaffar Musa
March 18, 2021 06:19 MYT
Ketua jurulatih Brooklyn Nets, Steve Nash, memuji James Harden selepas bintang NBA itu mencipta 'triple double' besar ketika menentang Indiana Pacers sebentar tadi.
Harden unggul dengan sumbangan 40 mata, 15 bantuan dan 10 rebound untuk Nets menewaskan Pacers 124-115 di Indianapolis.
Bekas pemenang anugerah MVP itu, yang menjaring 13 daripada 27 mata jaringan padang dalam proses merekodkan 'triple-double' kesebelas musim ini, merekodkan 14 mata, enam rebound dan empat bantuan dalam suku terakhir bagi mendorong Nets memperoleh kemenangan ke-14 daripada 15 perlawanan.
Harden menyertai Vince Carter sebagai pemain yang merekodkan 'triple-double' 40 mata dalam sejarah Nets.
"Ia prestasi yang luar biasa," kata Nash selepas perlawanan itu.
"Dia melakukan beberapa perkara besar dalam perlawanan ini..... Semua pemain menjalankan peranan mereka tetapi James merupakan watak utama, sama seperti yang kami jangkakan."

40 PTS / 15 AST / 10 REB Running out of ways to describe how good @JHarden13 is, so here, just watch the highlights ? pic.twitter.com/hkfOEm0lJO

— Brooklyn Nets (@BrooklynNets) March 18, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Indiana Pacers #James Harden #NBA #Brooklyn Nets #Bola Keranjang