The Milwaukee Bucks bangkit daripada permulaan cemerlang Phoenix Suns sebelum tiga bintang mereka memastikan kemenangan Permainan 5 123-119 NBA Finals, kini hanya memerlukan satu perlawanan sebelum merangkul kejuaraan buat kali pertama dalam 50 tahun.

Giannis Antetokounmpo meraih 32 mata, Khris Middleton meraih 29 dan 27 daripada Jrue Holiday dalam perlawanan yang menghiburkan dalam mematahkan usaha 40 mata daripada bintang Suns, Devin Booker.

Suns bermula dengan baik, meraih mata demi mata dan mendahului suku pertama dengan berkelebihan 16 mata.

Namun ia bersifat sementara, apabila Bucks berjaya mendahului Suns 64-61 selepas berakhir suku kedua.

Aksi cemerlang terus dipamerkan sebelum meraih kemenangan 123-119 sekaligus menyaksikan mereka bangkit daripada ketinggalan dua permainan dan kini mendahului 3-2 menuju Permainan 6.