NBA: Anak LeBron James dalam keadaan stabil selepas alami serangan jantung
Muzaffar Musa
July 26, 2023 09:19 MYT
July 26, 2023 09:19 MYT
Bronny James, anak kepada LeBron James yang berusia 18 tahum, dimasukkan ke hospital selepas mengalami serangan jantung ketika menjalani latihan bola keranjang di University of Southern California (USC), demikian dimaklumkan jurucakap keluarga itu.
Menurut jurucakap itu lagi, keadaan Bronny kini dalam keadaan stabil dan sudah dikeluarkan daripada unit rawatan rapi (ICU).
Menurut Shams Charania daripada The Athletic, insiden itu berlaku pagi semalam apabila Bronny tumbang dan tidak sedarkan diri di gelanggang bola keranjang.
Bronny, yang nama sebenarnya LeBron James Jr., dilaporkan masih tidak sedarkan diri ketika ketibaan ambulans di USC's Galen Canter dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera.
"Kami mengharapkan agar privasi buat keluarga James dihormati dan kami akan memaklumkan kepada media mengenai perkembangan terkini jika ada maklumat terbaru," kata satu kenyataan yang dikeluarkan itu.
USC All-American Bronny James collapsed on the court Monday and had a cardiac arrest. He was taken to the hospital and is now in stable condition and no longer in the ICU. Statement: pic.twitter.com/5z9F2qAWP0
— Shams Charania (@ShamsCharania) July 25, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.