Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengingatkan para atlet negara untuk menjaga keselamatan diri termasuk aspek pemakanan sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini.
Beliau berkata, keterujaan penggunaan media sosial juga perlu dikawal serta diurus dengan baik bagi mengelak sebarang prasangka yang boleh mengundang perkara negatif buat arena sukan negara.
Malah tambahnya, sambutan perayaan tersebut menjadi masa terbaik buat para atlet meluangkan masa bersama keluarga tercinta setelah sebahagian waktu digunakan untuk berjuang membawa nama negara di pentas antarabangsa.
“Saya dan timbalan, Adam Adli Abd Halim mewakili Kementerian Belia dan Sukan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya.
“Pastikan anda meluangkan masa bersama keluarga, berhati-hati di jalan raya dan jaga pemakanan.
“Berhati-hati juga ketika bermain dengan media sosial. Setiap apa yang anda muat naik menjadi perhatian warganet. Nanti jangan ada yang mengadu para atlet tak jaga makan,” katanya.
Hannah turut mengingatkan warga sukan agar tidak terlalu leka ketika menyambut lebaran susulan tanggungjawab besar menanti mereka termasuk bakal membawa cabaran negara pada Sukan Olimpik Paris dan Sukan Paralimpik Paris 2024.
Beliau juga memuji para atlet yang tetap bersemangat dan menanam tekad untuk berkorban buat negara apabila ada dalam kalangan mereka yang sanggup memendekkan cuti untuk menyambut perayaan.
“Nasihat saya kepada atlet, tahun ini mereka akan balik bercuti bersama keluarga dan mereka juga tahu bahawa selepas cuti raya kena cepat-cepat balik kepada rutin latihan mereka.
“Kesedaran juga wujud semasa saya berbincang dengan para atlet. Mereka kata sebenarnya dua hari sudah maksimum untuk sambut Syawal dan selepas itu cepat-cepat nak balik berlatih,” katanya.
Di sebalik sambutan lebaran tersebut, Hannah turut melahirkan setinggi penghargaan buat keluarga para atlet yang banyak berkorban sedia melepaskan anak-anak dan pasangan mereka untuk menyumbang bakti buat negara.
“Saya juga mahu ucapkan terima kasih kepada isteri dan suami atlet kerana benarkan pasangan mereka menyumbang tenaga dan masa untuk perjuangkan nama negara dalam arena sukan dunia,” katanya.-Sinar
Stadium Astro
Tue Apr 09 2024
Piala Asia B-23: Peluang Indonesia ke Paris 2024 masih terbuka -- Shin Tae-yong
Shin Tae-yong tidak menafikan fakta bahawa tekanan mungkin menjejaskan barisan pemainnya dalam kekalahan separuh akhir Piala Asia B-23 di tangan Uzbekistan Isnin lalu.
Siapa pun boleh bertanding -- Hamidin
'Siapa pun boleh bertanding', itu pendirian Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, selepas terbit pandangan agar rombakan dilakukan dalam badan induk itu.
Pengulas Astro Arena terima pujian peminat bola sepak Indonesia
Nama pengulas Astro Arena, Aiman Roshizam, mendapat perhatian peminat bola sepak dari Indonesia.
Pemain tenis bertaraf dunia, Nick Kyrgios sambut hari raya di Kuala Lumpur?
Pemain tenis nombor tujuh dunia, Nicholas Hilmy Kyrgios dilihat mempamerkan aksi bermain tenis di salah sebuah gelanggang tenis di Kuala Lumpur.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengddu, China sebentar tadi.
Piala Thomas: Izzuddin-Soh Wooi Yik pastikan Malaysia layak ke peringkat seterusnya
Gandingan baru, Nur Izzuddin Rumsani-Soh Wooi Yik melengkapkan aksi kelima dengan kemenangan bergaya menentang Kocella Mammeri dan Youcef Sabri dalam saingan Piala Thomas sebentar tadi.
Piala Thomas: Haikal Nazri-Choong Hon Jian matikan perjalanan Algeria
Haikal Nazri-Choong Hon Jian menoktahkan kemenangan bersih buat skuad negara dengan apabila mudah mengatasi cabaran dari beregu Algeria, Sifeddine Larbaoiu-Mohamed Abdelaziz, sebentar tadi.
Piala Thomas: Cheam June Wei tambah derita Algeria
Pemain perseorangan profesional kedua negara, Cheam June Wei, yang menggantikan Leong Jun Hao turut mempamerkan aksi yang bertenaga menentang wakil dari Algeria, Youcef Sabri Medel.
Daripada jaguh kampung, kini bergelar jaguh dunia!
'Kisah dongeng' Nor Farah Ain Abdullah menemui penutup yang indah selepas dia berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Ancelotti lauds Real Madrid goalscorer Vinicius after first-leg double
Vinicius Junior scored twice for Real Madrid as they drew 2-2 with Bayern Munich in the Champions League semi-finals.
Nadal slumps out of Madrid Open as farewell appearance comes to a halt
Nadal out of Madrid Open
Champions League success does not define Bayern move, says Kane
Kane: UCL doesn't define success
Coventry City 1-2 Ipswich Town: Burgess puts Tractor Boys on brink of promotion
Report: Coventry 1-2 Ipswich
Kane sets Champions League record as Bayern draw with Real Madrid
Data Debrief: Bayern 2-2 Madrid
Vinicius double drags Madrid back into Champions League semi-final after Bayern draw
Report: Bayern 2-2 Real
Al Ittihad 1-2 Al Hilal: Holders into King's Cup final
Report: Al Ittihad 1-2 Al Hilal
Nortje makes international return for South Africa's T20 World Cup squad
Nortje back in the fold
Auger-Aliassime gets the better of Ruud as Medvedev hits Masters 1000 milestone
Ruud downed by Auger-Aliassime
IPL: Stoinis key for LSG as they rise to third after seeing off Indians
Stoinis key in LSG victory