Napoli lanjut 11 kemenangan berturut-turut

Ammar Hakim
November 12, 2022 21:57 MYT
Napoli berjaya mengatasi Udinese untuk merakamkan kemenangan ke-11 berturut-turut dalam saingan Serie A, kali pertama mereka melakukan dalam satu musim.
Jaringan daripada Victor Oshimhen, Piotr Zielinski dan Eljif Elmas membenarkan tuan rumah mengawal permainan namun dua gol lewat ketika permainan berbaki 11 minit, daripada Ilija Nestorovski dan Lazar Samardzic, menghadirkan kebimbangan buat skuad kendalian Luciano Spalletti.
Memperoleh kemenangan 3-2, Napoli kini berkelebihan 11 mata ke atas Lazio di puncak Serie A.
Lazio bertemu Juventus hari ini selepas skuad kendalian Spalletti menjadi pasukan kedua meraih 13 kemenangan daripada 15 perlawanan (Juventus kali terakhir melakukannya pada musim 2018-19).

13 - #Napoli are the only second team in the Serie A history able to win at least 13 of the first 15 games played of a single campaign, after Juventus (for times for the Bianconeri, 2018/19, 2013/14, 2005/06 and 1949/50). Dominant.#NapoliUdinese pic.twitter.com/PCbVTRIqTA

— OptaPaolo ? (@OptaPaolo) November 12, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jika dikumpul sejak musim lalu, Napoli kini tidak tewas dalam 19 perlawanan Serie A terakhir dan menang 17 kali, menjaringkan 50 gol.
Napoli bakal memperoleh rehat kerana Piala Dunia Qatar, kembali ke gelanggang 4 Januari bertemu Inter.
The Neapolitan hanya menjuarai Serie A dua kali sepanjang sejarah mereka, kali terakhir melakukannya pada musim 1989-90.
#Napoli #Serie A