Napoli bidas prestasi babak kedua Napoli
Shaiful Shamsudin
December 22, 2024 09:40 MYT
December 22, 2024 09:40 MYT
GENOA 1 NAPOLI 2
Pengurus, Antonio Conte, kecewa dengan mutu persembahan Napoli walaupun mencetak kemenangan 2-1 ke atas Genoa sambil meluahkan langsung tidak menyukai satu pun perkara tentang persembahan mereka dalam separuh masa kedua.
Dengan Atalanta akan beraksi di Partenopei tengah malam ini, mereka mengambil kesempatan itu sepenuhnya bagi memintas pasukan Gian Piero Gasperini tersebut ke puncak Serie A.
“Jika hanya berpandukan keputusannya dan tiga mata yang dikutip maka anda tidak dapat membina apa-apa (maklumat),” katanya kepada DAZN.
"Babak pertama kami adalah yang terbaik musim ini dan saya benar-benar tidak menjangka separuh masa kedua akan menjadi seperti itu. Mungkin saya berasakannya di bilik persalinan ketika rehat.
"Pemain perlu sedar bahawa mereka harus berjuang dari awal hingga wisel penamat. Sentiasa berwaspada. Saya tidak suka satu aspek pun mengenai separuh masa kedua. Kami patut bertahan dengan menyerang, itu harus menjadi prinsip kami.
⏹️ Full time: #GenoaNapoli 1-2 ?? ? #ForzaNapoliSempre pic.twitter.com/57Nhp4GuNp
— Official SSC Napoli (@en_sscnapoli) December 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya mempunyai pemain yang sedar apakah aspek yang mereka perlu tingkatkan dan mereka akan pulang dengan kecewa hari ini kerana hampir membuang tiga mata.
"Jika kami mahu mempunyai cita-cita walaupun kecil dan mencabar kelompok teratas, maka kami perlu berjuang selama 95 minit."