Sejak April 1990, semua peminat bola sepak di kota Naples akan mula menyimpan angan-angan untuk melihat semula kelab kesayangan mereka, Napoli, kembali menikmati gelaran Scudetto. Untuk lebih tepat, menunggu kehadiran hari-hari indah persis tempoh Diego Maradona menyarung jersi biru laut Partenopei.
Maurizio Sarri pernah mengubah angan-angan itu menjadi sebuah impian untuk diterjemahkan ke dalam realiti. Sewaktu kempen Serie A musim 2017-18, berteraskan beberapa nama seperti Jorginho, Kalidou Koulibaly, Dries Mertens dan Lorenzo Insigne, Sarri mengemudi pasukan kendaliannya itu mengutip 28 mata dalam 10 perlawanan pertama. Namun segalanya terkandas di suku keempat kempen setelah kegagalan meraih mata maksimum dalam beberapa perlawanan, bermula dengan tewas 2-4 di tangan AS Roma di laman sendiri ketika hari ke-27 saingan.
Kini, Sarri bukan lagi pengendali Partenopei. Malah, dua penggantinya juga telah meninggalkan pasukan. Carlo Ancelotti hanya bertahan selama 18 bulan, sebelum kegagalan Gennaro Gattuso mengesahkan slot Liga Juara-Juara Eropah pada Mei lalu menyaksikan pengurusan kelab mengambil langkah drastik, memilih untuk mencari pendekatan daripada individu yang lain untuk menjadikan impian seluruh kota Naples satu cita-cita.
Berbanding nama besar lain, Napoli membuat satu keputusan yang tidak dijangka apabila membawa masuk pengurus yang sudah berehat daripada dunia bola sepak selama dua tahun. Sejak dipecat oleh Inter Milan pada Mei 2019, Luciano Spalletti cenderung untuk menikmati kehidupan yang dikelilingi binatang peliharaan serta kerja-kerja ladang di bahagian utara Itali, Florence.
Bagaimanapun, setakat ini, percaturan itu tampak memberikan hasil positif. Jika antara kejayaan Spalletti di Inter yang boleh dibanggakan adalah menamatkan penantian enam tahun La Beneamata untuk kembali ke kancah Liga Juara-Juara Eropah pada 2018, ketika ini Napoli merupakan satu-satunya kelab Itali yang masih belum tewas selepas empat perlawanan. Benar, Everton juga tidak tewas dalam empat aksi pertama Liga Perdana Inggeris musim lalu, malah memenangi kesemua perlawanan itu tetapi akhirnya tersungkur di tangga ke-10 selepas hari ke-38 saingan. Namun, ada sesuatu yang mungkin boleh dijadikan pegangan melibatkan Spalletti dan Napoli.
Jika 30 tahun lalu Napoli memiliki kudrat Maradona untuk menjadi nadi utama pasukan, kini tanggungjawab itu tampak digalas dengan sempurna oleh Insigne. Beraksi di belakang penyerang utama atau lebih tepat lagi, Victor Osimhen, tonggak utama skuad Itali yang menjulang trofi EURO 2020 itu jelas tenang mengetuai bukan sahaja bahagian depan Partenopei tetapi keseluruhan skuad. Ironinya, Maradona dan Insigne masing-masing memiliki ketinggian kurang daripada 166 sentimeter, sesuatu yang gila jika bercakap tentang bola sepak di Itali. Sekadar menambah, mereka juga pernah berkongsi sifat baran - sewaktu Insigne di bawah bimbingan Sarri – sekaligus merapatkan lagi persamaan perwatakan mereka suatu ketika dahulu tetapi berubah menjadi lebih matang untuk membangunkan pasukan.
Pendekatan 4-2-3-1 yang diterapkan Spalletti juga tampak menjadi bukti bahawa tidak salah untuk tampil berbeza dengan yang lain memandangkan dia satu-satunya pengurus dalam Serie A yang berpegang dengan formasi itu tatkala Massimiliano Allegri masih tercari-cari keserasian di antara 4-4-2 dan 4-3-3. Berbekalkan nama seperti Matteo Politano dan Hirving Lozano, jelas sekali Spalletti memiliki barisan pemain yang versatile, mampu mengisi slot sokongan penyerang atau pemain sayap, sambil dibantu oleh barisan tengah yang mungkin kurang diberi perhatian tetapi cukup impresif seperti Fabian Ruiz, Piotr Zielinski dan André-Frank Zambo Anguissa (pinjaman daripada Fulham). Ya, Fulham.
Jika kelibat Anguissa di Fulham tidak begitu dinilai, kini kehadirannya di Naples begitu penting sehingga peminat mula melihat pemain dari Cameroon itu sebagai pengganti ideal Allan yang pernah menjadi tulang belakang Napoli sewaktu di bawah bimbingan Sarri. Malah, penonton di Stadium Sao Paolo -- atau kini dikenali dengan nama Stadium Diego Armando Maradona – kini mula cemas memikirkan ketiadaan pemain berusia 25 tahun itu memandangkan saingan Piala Negara-Negara Afrika bakal dijalankan Januari depan.
Terlalu awal untuk menjulang nama Napoli sebagai calon utama juara Serie A musim ini tetapi dalam masa sama, mereka tidak boleh diabaikan. Jika 30 tahun lalu, Partenopei di puncak hasil daripada keserasian 10 pemain dan Maradona, kini Spalletti tampak memiliki kemampuan untuk menjadi arkitek genius dalam mengatur 11 pemain di atas padang.
Siapa tahu, 2021-22 bakal jadi musim terbaik Napoli? Angan-angan jadi impian, impian jadi cita-cita mungkin antara bait lirik yang boleh dikaitkan.
Nafis Abdullah
Wed Sep 22 2021
Prestasi paling terbaik Harimau Muda ketika dibimbing Ong Kim Swee
Era terbaik skuad muda negara adalah dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee di kempen Sukan Asia 2018 di Jakarta -Palembang pada tahun 2018.
Piala Asia B-23: Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan -- Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, berasa kecewa dengan prestasinya sendiri dalam sepanjang Piala Asia B-23 selepas tewas berdepan Kuwait dalam perlawanan terakhir Kumpulan D di Stadium Al-Janoub, awal pagi tadi.
Piala Menteri Wilayah: Brendan Gan tiada rungutan jadi pemain pertama kena kad merah VAR
Pemain tengah Kuala Lumpur City, Brendan Gan, tiada rungutan meskipun menjadi pemain pertama dilayangkan kad merah menerusi tenologi video bantuan pengadil (VAR) dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024 menentang Negeri Sembilan di Cheras malam tadi.
Piala Asia B-23: Keyakinan Harimau Muda tidak di tahap terbaik -- Juan Torres
Ketua jurulatih skuad B-23 negara, Juan Torres Garrido, mengakui keyakinan pasukannya tidak berada di tahap terbaik susulan tewas dalam dua aksi peringkat Kumpulan D, Piala Asia b-23 di Doha, Qatar.
Penglibatan Kedah kekal prestij Liga Super -- Zaquan Adha
Bekas penyerang Kedah Darul Aman, Zaquan Adha Abdul Radzak, percaya prestij Liga Super musim 2024-25 akan kekal terpelihara dengan pembabitan skuad Sang Kenari itu.
Pramusim: Info perlawanan persahabatan melibatkan VAR
Perlawanan Piala Menteri Wilayah antara Kuala Lumpur City dan Negeri Sembilan menjadi saksi penggunaan VAR (video bantuan pengadil) buat pertama kalinya dalam perlawanan persahabatan rasmi di Malaysia.
Piala Menteri Wilayah: VAR hiasi kejayaan KL City atasi Negeri Sembilan
Kuala Lumpur City bergelar juara Piala Menteri Wilayah Persekutuan selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan di Cheras sebentar tadi.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Hari ini menjadi dimensi baru dalam sejarah bola sepak Malaysia apabila teknologi video bantuan pengadil (VAR) pertama kali digunakan dalam saingan peringkat domestik di negara ini.
Piala Menteri Wilayah: Kulio tidak terdesak pertaruh Lazar Sajcic hadapi Negeri Sembilan
Ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Miroslav Kuljanac, enggan terdesak pertaruhkan penggempur baru, Lazar Sajcic, dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024 menentang Negeri Sembilan di Cheras malam ini.
Piala Asia B-23: Demi maruah negara, Malaysia wajib menang
Tonggak skuad B-23 negara, Harith Haiqal Adam Afkar dan Luqman Hakim Shamsudin mahu menjadikan aksi terakhir Kumpulan D bertemu Kuwait sebagai medan tebus maruah negara pada kempen Piala Asia B-23 kali ini.
Thomas Cup: Former national shuttlers will plot to steer Hong Kong to Malaysia upset
When Malaysia open their Thomas Cup Group D campaign against Hong Kong this Saturday, the contingent will be up not just against the shuttlers, but also two Malaysian coaches in their setup.
NBA: Mavericks, Pacers even series; Timberwolves take 2-0 lead
Mavericks, Pacers even series
Title-chasing PSG ready for tough game at Lorient, says boss Luis Enrique
Luis Enrique eyes Ligue 1 prize
Mikel Arteta salutes ‘unbelievable’ Kai Havertz after another impressive display
Enzo Maresca delighted as ‘fantastic’ Leicester move to brink of promotion
Garry Monk unhappy with penalty decision that cost Cambridge two valuable points
Grant McCann hails ‘outstanding’ response as Doncaster close on play-off spot
Darrell Clarke urges Cheltenham fans to get behind team in bid to stay up
They must win at Stevenage and hope Burton fail to beat Fleetwood and or Cambridge lose to Port Vale.