Nagelsmann yakin kemampuan Kompany kendali Bayern Munich

Najmi Iman
May 26, 2024 07:34 MYT
Ketua jurulatih skuad German, Julian Nagelsmann, yakin dengan kemampuan bekas pemain Manchester City, Vincent Kompany, yang akan mengambil alih jawatan selaku pengurus di kelab terkemuka Bundesliga, Bayern Munich.
Pemain kelahiran Belgium itu telah dipecat sebagai jurulatih oleh pengurusan pasukan Burnley selepas kelab itu gagal dan tersingkir daripada saingan Liga Perdanan Inggeris (EPL), baru-baru ini.
Nagelsmann mempercayai bahawa Kompany akan berjaya melakukan tugas yang cemerlang di sebalik kegagalannya memacu pasukan Burnley untuk bertahan di EPL.
Dia akan diumumkan oleh juara Bundesliga sebanyak 10 kali berturut-turut itu dalam masa terdekat susulan bekas pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, mempersetujui untuk menamatkan kontrak, sebelum ini.
"Saya telah mendengar bahawa dia seorang jurulatih yang sangat baik dengan prospek yang cemerlang, dan dia mempunyai ramai jurulatih yang baik yang melatihnya, jadi dia akan melakukannya dengan baik," kata Nagelsmann, yang tempoh dua tahunnya bersama Bayern berakhir pada 2023.,” kata Nagelsmann.
#bola sepak #Vincent Kompany #Bundesliga #Bayern Munich
;