Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'
Shaiful Shamsudin
December 26, 2024 09:32 MYT
December 26, 2024 09:32 MYT
Mykhailo Mudryk akan memutuskan hubungannya dengan Chelsea ketika pemain sayap itu sedang menunggu kesimpulan siasatan Persatuan Bolasepak (FA) terhadap ujian dopingnya.
Pemain antarabangsa Ukraine itu digantung sementara oleh The Blues minggu lalu setelah mengembalikan sampel "A" yang positif ketika menjalani anti-doping rutin pada Oktober lalu.
Laporan daripada ESPN mencadangkan bahan terlarang yang ditemui itu adalah jenis meldonium yang diberikan kepada Mudryk ketika dia berada di luar United Kingdom.
Mudryk dalam catatan Instagram peribadinya membalas ujian positif itu dengan menyatakan bahawa dia terkejut sambil menegaskan dia tidak pernah menggunakan sebarang bahan terlarang secara sedar.
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah dan pengurus Chelsea, Enzo Maresca, berkata anak buahnya itu memerlukan masa ketika siasatan sedang berlangsung.
"Pada masa ini bagus juga dia memutuskan sedikit hubungan daripada situasi itu," katanya dalam sidang media pra-perlawanannya menjelang pertemuan 'Boxing Day' di antara Chelsea dengan Fulham.
"Kali terakhir saya bercakap dengannya, kami cuba menyokongnya tetapi buat masa ini kami sedang menunggunya."