Mustahil untuk Griezmann ke Athletic Bilbao, kata calon presiden
Muzaffar Musa
June 23, 2022 12:44 MYT
June 23, 2022 12:44 MYT
Mustahil untuk Athletic Bilbao mendapatkan Antoine Griezmann, kata calon presiden kelab itu, Inaki Arechabaleta, yang berjanji akan melantik Marcelo Bielsa selaku jurulatih seandainya dia memenangi jawatan itu.
Griezmann hadir daripada sistem pembangunan seteru setempat Athletic, iaitu Real Sociedad, dan ia bermakna pemenang Piala Dunia 2018 itu dilihat sebagai calon untuk ditandatangani kelab berkenaan, yang masih kekal dengan polisi pengambilan pemain yang dihasilkan di Basque Country.
Selepas kembali ke Atletico Madrid secara pinjaman selama dua tahun daripada Barcelona pada Ogos lalu, Griezmann bergelut untuk mengisi kesebelasan utama dan kerap dibelenggu masalah kecederaan sepanjang baki musim.
Dia melakukan penampilan paling rendah (36) dalam kesemua kejohanan berbanding penyerang lain seperti Angel Correa (49), Luis Suarez (45) and Matheus Cunha (37).
Kempen mengecewakan buat pemain berusia 31 tahun itu di ibu kota Sepanyol berkenaan menyaksikan mula ada desas-desus bahawa dia kini sedang berada dalam radar Athletic.
Bagaimanapun, Arechabaleta berkata jumlah gaji yang besar buat bintang Perancis itu menyaksikan perpindahan berkenaan merupakan sesuatu yang mustahil buat ketika ini.
"Kami sudah berbincang dengan Marcelo tentang kemungkinan mendapatkan beberapa pemain buat Athletic dan dengan itu, kami mempunyai kemungkinan untuk menambah kekuatan pasukan ini," katanya dalam satu siaran podcast Sepanyol, El Partidazo de Cope.
Mengenai Griezmann, dia menambah: "Dia mungkin menjadi sasaran kerana ia sebahagian daripada falsafah kelab ini tetapi saya rasa ia sesuatu yang mustahil.
"Maslahnya adalah bukan kerana Griezmann bertepatan dengan falsafah kami atau tidak. Griezmann tidak mungkin dapat diikat kami buat masa ini berdasarkan gaji dan apa yang perlu kami bayar untuk mendapatkannya."
???✊? pic.twitter.com/ukcGSwJ7AO
— Antoine Griezmann (@AntoGriezmann) June 5, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.