BAYERN MUNICH 1 EINTRACHT FRANKFURT 2

Thomas Muller berasa" kecewa, marah dan sedih" selepas rekod tanpa kalah Bayern Munich sejak dibimbing Julian Naglesmann musnah gara-gara tewas mengejut 1-2 kepada Eintracht Frankfurt dalam perlawanan Bundesliga awal pagi tadi

Bayern melewati 10 perlawanan kompetitif tanpa sebarang kekalahan sejak Nagelsmann menggantikan Hansi Flick-- memenangi sembilan daripadanya -- tetapi rekod itu musnah dalam perlawanan terbaru di Arena Allianz.

Leon Goretzka meletakkan pasukan juara bertahan itu di depan sebelum Martin Hinteregger menyamakan kedudukan menjelang waktu rehat dan Filip Kostic menjaringkan gol kemenangan Frankfurt pada lewat permainan.

Penjaga gol, Kevin Trapp, melakukan 10 aksi menyelamat buat Frankfurt sepanjang perlawanan itu, di mana Bayern hanya dapat menemui satu jaringan daripada 20 percubaan yang dihasilkan mereka berbanding pasukan lawan yang meraih dua gol daripada lima percubaan.

Muller mencipta lima peluang sepanjang perlawanan itu tetapi kecewa apabila pasukannya tewas dalam perlawanan liga di laman sendiri buat kali pertama sejak November 2019 -- selepas 30 perlawanan.

"Kami kecewa, marah dan sedih," kata Muller kepada DAZN

"Kami sememangnya tidak patut kalah dalam perlawanan ini. Kami kurang efektif.

"Kami rasa kami mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi dipisahkan dengan hanya beberapa sentimeter.

"Frankfurt menjaringkan gol daripada percubaan pertama mereka dan pada akhirnya, dua gol yang dihasilkan mereka itu sudah mencukupi," katanya.