MSSM: Johor rangkul kejuaraan hatrik, kekal penguasaan bola sepak bawah 18 tahun

Najmi Iman
September 20, 2024 23:20 MYT
Perlawanan final bola sepak bawah 18 tahun menyaksikan Majlis Sukan Sekolah Johor mempertahankan kejuaraan dengan kemenangan dramatik menewaskan Majlis Sukan Sekolah Pahang dalam saingan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2024.
Beraksi di laman sendiri, gawang MSS Johor berkali-kali dicabar MSS Pahang dengan percubaan menarik di babak pertama, namun pertahanan kebal Johor sukar digugat.
Adib Safaraz membuka tirai jaringan aksi akhir itu untuk meletakkan MSS Johor di depan 1-0 apabila masuk kepada babak kedua.

Pasukan bola sepak MSS Johor menjadi juara buat 3 kali berturut-turut selepas menewaskan MSS Pahang menerusi penentuan sepakan penalti bagi kategori Bawah 18 tahun! ?⚽??#MSSM2024 #NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/zvqnXg4ZP3

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 20, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kelebihan tersebut sekadar bertahan selama dua minit apabila Muhammad Adam Yahya pantas menyamakan kedudukan buat pasukan pelawat mengikat permainan.
Kedudukan kekal 1-1 sama berterusan sehingga wisel tamat memaksa kedua-dua pasukan ke penentuan sepakan penalti.
Penjaga gol Johor bertindak cemerlang apabila berjaya menyelamatkan sepakan penalti terakhir pasukan Pahang, sekali gus menjadi wira Johor mempertahankan kejuaraan hatrik 5-4.
#bola sepak #MSSM #Majlis Sukan Sekolah Malaysia #MSS Johor #MSS Perak