Moyes: Ia hari saya yang paling teruk dalam bola sepak

Astro Arena
April 30, 2017 12:14 MYT
SUNDERLAND 0 BOURNEMOUTH 1
David Moyes mengakui penyingkiran Sunderland daripada Liga Perdana Inggeris, yang disahkan dengan kekalahan 1-0 kepada Bournemouth malam tadi, adalah hari terburuk dalam kerjaya bola sepaknya.
Gol pada minit ke-88 daripada Joshua King memastikan kemenangan 1-0 untuk Bournemouth di Stadium of Light, menamatkan tempoh 10 tahun Sunderland berada dalam liga utama England.
Moyes enggan menyalahkan sesiapa dengan kejatuhan ke Liga Kejohanan dan pengendali berbangsa Scotland itu berkata adalah terlalu awal untuknya membuat keputusan sama ada kekal bertanggungjawab untuk musim depan.
"Untuk fikir mengenainya dan bercakap tentangnya sekarang adalah terlalu awal," kata Moyes. "Ia adalah soalan untuk satu atau dua minggu ke depan -- Saya tidak past buat masa ini. Saya mahu memastikan Sunderland kembali ke Liga Perdana Inggeris.
"Saya benar-benar kecewa. Ini adalah hari saya yang paling teruk dalam bola sepak. Saya rasainya untuk penyokong. Mereka meletakkan hati dan wang tunai mereka ke dalam pasukan dan perasaan saya bersama mereka.
"Ia satu perkara yang kolektif daripada atas ke bawah -- ia salah untuk menyalahkan mana-mana individu. Kelab adalah lebih kuat daripada mana-mana individu.
"Saya tahu bagaimana skuad Liga Perdana sebenar patut kelihatan, dan kami kekurangan sedikit kualiti."
Sunderland membuat kebangkitan ajaib untuk mengekalkan status Liga Perdana Inggeris pada musim-musim sebelum ini tetapi kapten, John O'Shea, berkata kemenangan yang hanya muncul pada perlawanan ke-11 membuatkan mereka dalam kesukaran.
"Kami bangkit beberapa kali dalam perjuangan besar tetapi kami tidak dapat melakukannya musim ini," kata pemain antarabangsa Republik Ireland itu. "Kami jelas bingung dan ia bukan satu perasaan bagus.
"Kedudukan liga tidak pernah berbohong. Persembahan dan keputusan adalah perkara jelas yang membawa kami ke bawah. Kami gagal kekalkan rekod bersih sebagai satu pasukan dan memerlukan satu lagi keajaiban untuk menyelamatkannya tetapi kami tidak dapat melakukan musim ini . "
Walaupun kekalahan Sunderland membuatkan peminat kelab kecewa, kemenangan menghantar Bournemouth ke bahagian atas liga dan mengesahkan kelangsungan hidup dalam Liga Perdana Inggeris, dan pengurusnya, Eddie Howe, memuji kemajuan skuad.
"Ia perlawanan yang hambar daripada perspektif kami," kata Howe. "Saya tidak gembira dengan cara kami bermain tetapi gembira dengan keputusan itu.
"Josh King telah bekerja sangat keras dan menunjukkan sikap yang besar setiap hari. Secara teknikalnya dia adalah seorang pemain yang hebat dan ia adalah baik untuk melihat jaringannya.
"Musim kedua adalah lebih sukar, setelah melaluinya. Musim pertama adalah sesuatu yang baru dan ada jangkaan. Ia adalah satu pencapaian sebenar kerana mendapatkan 40 mata."
#Sunderland #David Moyes #moyes
;