David Moyes telah mendedahkan bahawa West Ham United tidak menandatangani Jesse Lingard musim panas lalu ketika Ole Gunnar Solskjaer menjelaskan bahawa dia ingin mengekalkan pemain itu di Manchester United.

Selepas tidak beraksi bagi separuh pertama musim lalu tanpa turun buat United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Lingard menyertai West Ham secara pinjaman Januari hingga penghujung musim.

Pemain berusia 28 tahun itu menikmati kejayaan di Stadium London, menghidupkan semula kariernya dengan sembilan gol dan lima assist dalam 16 perlawanan sekaligus mendapatkan tempat semula dalam skuad England kendalian Gareth Southgate.

Dengan berbaki setahun dalam kontraknya di Old Trafford, ia kelihatan Lingard mungkin kembali ke West Ham dalam jendela musim panas tetapi dia kekal di Manchester.

Pengendali The Hammers, Moyes, meluahkan keinginan untuk menandatangani Lingard secara tetap, telah menjelaskan mengapa ia gagal disempurnakan.]

"Tidak, tidak seperti yang telah diperkatakan," jelas Moyes jika Lingard menolak tawaran kelab.

"Ole [Gunnar Solskjaer] menjelaskan kepada saya cukup awal di jendela perpindahan bahawa dia mahu mengekalkan pemain itu.

"Jadi saya tahu di awal jendela perpindahan bahawa dia tinggal di Manchester United. Saya telah menjalani perbincangan peribadi dengan Ole yang menjelaskan bahawa dia akan kekal."

Namun, sejak perbualan itu, United meningkatkan mutu jentera serangan mereka dengan membawa Cristiano Ronaldo kembali ke kelab.

Ditambah dengan kedatangan Jadon Sancho, Lingard memiliki persaingan untuk merebut tempat dan masih belum turun dalam kesebelasan utama apabila hadir sebagia pemain gantian.

Moyes ditanya apakah dia percaya kedatangan Ronaldo dapat mengubah pendirian Solskjaer terhadap Lingard.

"Saya tidak boleh bercakap mengenai pemain daripada kelab lain kerana itu bukan cara yang betul," tambahnya. "Tetapi kerana Jesse adalah sebahagian daripada kelab kami dan telah memberi sumbangan besar kepada pasukan, baik di padang dan di luar padang. Kami sangat seronok dengannya.

"Dia bermain baik bersama kami, tetapi pengurus telah memberitahu saya bahawa dia mengekal pemain tersebut, dan apabila itu berlaku, saya percaya dengan keputusan tersebut dan begitulah keadaannya."