Mourinho alu-alukan Belotti ke Roma, Wijnaldum patah kaki

Shaiful Shamsudin
August 22, 2022 03:39 MYT
Kem Jose Mourinho menerima perkhabaran suka dan duka apabila Andrea Belotti disebut-sebut akan menyertai Roma tatkala pemain tengah, Georginio Wijnaldum, patah kaki kanannya dalam latihan semalam.
Mourinho dia mengalu-alukan penyerang Itali itu ke Stadio Olimpico dengan tangan terbuka sambil meluahkan hasratnya untuk mengekalkan Nicolo Zaniolo.
Belotti -- yang merupakan ejen bebas sejak meninggalkan Torino sebaik kontraknya tamat pada akhir Jun lalu -- telah dikaitkan dengan perpindahan ke Roma selepas meledak lapan gol Serie A musim lalu.
Ditanya menjelang perlawanan menentang Cremonese, awal pagi esok, sama ada Roma akan menandatangani seorang penyerang, Mourinho berkata: "Saya tidak dapat menjawabnya kerana Pengarah Roma, Tiago Pinto, lebih mengetahuinya.
“Saya hanya perlu menunggu dengan harapan ia boleh dimuktamadkan. Jika ia tidak dapat dilakukan, kita akan teruskan dengan sumber yang ada.

??️‍♂️? pic.twitter.com/jaf0l8xJyy

— AS Roma (@OfficialASRoma) August 20, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Jika Belotti merupakan pemain mahupun atau pasukan lain, saya tidak akan menjawabnya. Sekiranya tidak terikat kontrak dengan mana-mana pihak maka saya tidak mempunyai halangan untuk tidak berkata apa-apa, saya boleh mengatakan sesuatu.
"Jika benar, saya ulangi jika benar bahawa dia sangat ingin menyertai Roma, saya gembira mendengar perasaan seperti ini. Andai dia tidak jadi datang, saya tidak tahu, kita tunggu dan lihat sahajalah."
Sementara itu, keadaan pemain antarabangsa Belanda, Wijnaldum, yang dipinjamkan selama semusim daripada Paris Saint-Germain (PSG) akan dinilai dalam masa beberapa hari lagi untuk menentukan tahap kecederaannya.

Following an injury sustained during training this afternoon, Georginio Wijnaldum subsequently underwent medical teasts that confirmed the presence of a fracture to the tibia in his right leg. The player will undergo further assessments in the coming days. FORZA GINI!#ASRoma pic.twitter.com/3i0EU7w052

— AS Roma English (@ASRomaEN) August 21, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Jose Mourinho #Roma #Andrea Belotti #Serie A