MotoGP: Tiga pelumba Ducati kuasai sesi latihan bebas

King Hisyam
September 7, 2024 11:51 MYT
Pelumba Ducati Lenovo, Frencesco Bagnaia memberi amaran awal apabila mencatatkan masa terpantas pada sesi latihan bebas yang diadakan pada Jumaat di grand Prix San Marino.
Pelumba kelahiran Sepanyol itu berjaya merekodkan catatan sepusingan 1 minit 30.685 saat di pusingan kedua terakhir semalam.
Sementara juara perlumbaan di Grand Prix Aragon minggu lalu, Marc Marquez pula mengakhiri sesi latihan di tempat kedua terpantas selepas merekodkan catatan terbaik dengan 0.185 saat di belakang Bagnaia.
Manakala pelumba Pramac Ducati, Jorge Martin pula ketiga terpantas dengan hanya 0.281 saat di belakang Bagnaia.
Kesemua pelumba bakal turun sekali lagi untuk melakukan henjutan terbaik mereka bagi merebut petak hadapan perlumbaan sebenar pada sesi kelayakan yang bakal berlangsung lewat petang ini.
#motoGP #Bagnaia #Marquez
;