Morata: Georgia akan pamer aksi bertahan seperti Greece
Ammar Hakim
March 26, 2021 08:42 MYT
March 26, 2021 08:42 MYT
Alvaro Morata memberitahu rakan sepasukan Sepanyol untuk menjangkakan lebih lagi taktikal negatif dalam aksi kelayakan Piala Dunia berdepan Georgia Ahad ini.
Sepanyol terikat seri 1-1 dengan Greece dalam aksi pembukaan Kumpulan B di Granada awal pagi tadi ketika lawan bertahan sejak permulaan permainan.
Morata meletak Sepanyol di hadapan sebelum Greece menyamakan kedudukan menerusi penalti Anastasios Bakasetas.
Spain memonopoli kawalan permainan dengan 79.9 peratus dan melakukan 920 hantaran sepanjang permainan.
Bagaimanapun, pertahanan ampuh Greece menyaksikan Georgios Tzavellas paling banyak mengeluarkan bola daripada zon bahaya dan Konstantinos Tsimikas paling banyak melakukan terjahan.
Morata menjangkakan pemain-pemain Sepanyol bakal berdepan lebih lagi pasukan beraksi seperti Greece, hujung minggu ini.
"Kami bakal berdepan banyak lawan yang akan melakukan perkara yang sama ke atas kami," kata Morata.
"Kami tahu bagaimana Greece akan cuba untuk mempermainkan kami. Mana-mana pasukan antarabangsa yang tahu mempertahankan diri boleh menyukarkan anda.
"Sebenarnya, Georgia bermain dengan gaya yang serupa. Kita harus terbiasa dengan saat-saat yang rumit dan berusaha mendapatkan yang terbaik dari mereka.
"Kami harus positif daripada perlawanan ini dan terus bekerja keras."
36 - The Spanish National Team have scored in each of their last 36 World Cup Qualifiers games (96 goals), their best run in this competition. The last time they went without scoring was against Serbia in March 2005 (goalless draw in Belgrado). Accurate. pic.twitter.com/4M4pqDqTbw
— OptaJose (@OptaJose) March 25, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Luis Enrique
#Spain
#Álvaro Morata Martín
#Greece
#WC Qualifying Europe
#FIFA World Cup
#Qatar 2022