Mohamed Salah kurang dihargai oleh mereka di luar Liverpool, menurut rakan sepasukannya di kem The Reds, Virgil van Dijk.

Salah menjaringkan gol ke-183 ketika Liverpool meraih kemenangan 3-2 ke atas Nottingham Forest semalam selepas Neco Williams dan Morgan Gibbs-White merobek gawang pelawat untuk membatalkan dua gol Diogo Jota.

Penyudah jarak dekat penggempur Mesir itu menyaksikan dia menyamai jumlah gol Robbie Fowler untuk Liverpool -- berbeza kurang 71 penampilan -- untuk membawanya ke tangga keenam kelab itu.

Salah telah menyumbangkan 27 jaringan dalam musim suram Liverpool dan Van Dijk mencadangkan penyerang itu dipandang rendah oleh mereka yang bukan dalam kalangan The Reds.

"Kebanyakan pemain di sini telah menyumbang untuk memenangi trofi besar. Mo pasti akan dianggap sebagai legenda. Dia merupakan nadi penting," kata pertahanan itu kepada pemberita.


“Di peringkat seterusnya, saya rasa perkara yang dilakukannya akan lebih dihargai oleh dunia luar.

"Bagi kami, kami menghargai segala yang dilakukannya hari demi hari.

"Kami melihat segala kerja keras yang dilakukannya. Dia hanya perlu meneruskannya."