MLS: Lionel Messi sambar Anugerah MVP selepas setahun penuh gemilang bersama Inter Miami

Muzaffar Musa
December 7, 2024 10:51 MYT
Lionel Messi mengetepikan cabaran bintang Columbus Crew, Cucho Hernandez, untuk menyambar Anugerah Pemain paling Bernilai (MVP) Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) bagi tahun 2024.
Anugerah itu dipilih berdasarkan undian daripada pemain, pegawai teknikal kelab dan wartawan, di mana Messi menerima 38.43 peratus undian untuk menewaskan Hernandez, yang memperoleh 33.7 peratus undian.
Bintang Inter Miami itu mengepalai The Herons memperoleh 74 mata semusim, selain membantu mereka memenangi Perisai Penyokong buat kali pertama.
Messi mendaftar 32 penglibatan jaringan (21 gol dan 11 bantuan) dalam 22 penampilannya, termasuk dalam saingan playoff, dan rekod itu hanya dapat diatasi pemain LA Galaxy, Gabriel Pec (34).
Dia menjadi pemain Argentina kelima memenangi anugerah itu selepas Christian Gomez (2006), Guillermo Barros Schelotto (2008), Diego Valeri (2017) dan Luciano Acosta (2022).
#bola sepak #Lionel Messi #MLS #Inter Miami
;