Milan dituntut melabur tingkatkan kualiti skuad sebaik jamin tiket UCL

Shaiful Shamsudin
May 29, 2023 04:47 MYT
MILAN 1 JUVENTUS 0
Stefano Pioli menggesa Milan agar berani melabur selepas mengesahkan kelayakan Liga Juara-Juara (UCL) untuk musim ketiga berturut-turut.
Pelawat hanya memerlukan satu mata ketika berhitung dengan Juventus di Turin bagi memastikan status empat teratas dan gol tunggal tandukan Olivier Giroud menjamin mata penuh.
Justeru, barisan bimbingan Pioli akan mengiringi Napoli, Lazio dan Inter dalam cabaran di pentas utama Eropah musim depan.
Malah, sekiranya Roma menewaskan Sevilla dalam perlawanan akhir Liga Europa di Budapest Khamis depan, Serie A akan mempunyai lima wakil dalam UCL.
"Jelas sekali, UCL memberi kami lebih daripada yang kami jangka untuk nikmati dan pastinya kami berasa sedih tersingkir kepada Inter dalam separuh akhir, tetapi perjalanan kami ke sana di luar jangkaan," kata pengurus itu kepada DAZN.

The big man with yet another big goal ?#JuveMilan #SempreMilan pic.twitter.com/gPFBgZPUb6

— AC Milan (@acmilan) May 28, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Pada masa yang sama, kami tidak melakukan sebaik yang diharapkan dalam Serie A tetapi kami masih akan berada dalam UCL untuk musim ketiga berturut-turut, saya tidak tahu sudah berapa tahun sejak pencapaian sebegini berlaku.
“Ini adalah kali pertama kami benar-benar cuba berdaya saing dalam dua kejohanan dan kami cuma kekurangan sesuatu.
"Kini kami mahu menikmati kemenangan dan kelayakan ini kerana ini adalah musim yang ganjil atas banyak sebab, tanpa penjaga gol utama kami selama beberapa bulan, manakala pemain juga mengharungi Piala Dunia dan ia musim yang pelik bagi semua orang. Ia mengambil sedikit masa untuk mendapatkan semula rentak sebenar mereka.”
#Milan #Stefano Pioli #Serie A