MFL rancang langkah drastik bendung samseng bola sepak

Shaiful Shamsudin
May 22, 2023 12:59 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam, menganggap pergaduhan di antara penyokong tidak sepatutnya berlaku memandangkan bola sepak adalah sukan untuk semua golongan masyarakat tanpa mengira usia.
Berikutan kejadian yang berlaku dalam Liga Super membabitkan Perak FC dengan Selangor FC itu, pihak berkuasa sudah pun menahan empat orang suspek yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 26 tahun.
Golongan samseng bola sepak atau hooligan ini turut menjejaskan imej bola sepak domestik yang kini menuju ke arah profesionalisme.
Justeru, MFL akan sentiasa berhubung dengan setiap pengurusan kelab bagi membincangkan langkah drastik dalam usaha membendung masalah samseng bola sepak dalam Liga Malaysia (Liga-M).
"Situasi begini tidak dinginikan dalam liga kita.

Pergaduhan penyokong hanya burukkan reputasi bola sepak tanah air -- MFL ?? Saksikan Nadi Arena setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.30 malam di Astro Arena 801HD!#NadiArena #AstroArena pic.twitter.com/Pwb2EftQDo

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 22, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ia tidak boleh diterima oleh khalayak ramai di Malaysia. Insiden ini walaupun sekali berlaku akan memberi imej negatif buat liga kita.
"Saya kecewa dengan segelintir penyokong yang menyebabkan senario di dalam stadium tidak selsa dan selamat.
"Ada golongan penyokong kecil di beberapa pasukan, bukan sahaja Perak.
"Kami harap perkara sebegini boleh dikeluarkan daripada bola sepak kita," katanya ketika di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.
#FAM #liga #Super #MFL #DemiLigaKita