Messi manusia pertama menang lapan Ballon d'Or. Anda rasa Haaland, Mbappe lebih layak menang?

Muzaffar Musa
October 31, 2023 02:33 MYT
Lionel Massi sah menjadi manusia pertama memenangi lapan Anugerah Ballon d'Or selepas diumumkan pemenang edisi terbaru di Perancis awal pagi.
Media-media antarabangsa melaporkan pengiktirafan itu diberikan atas kejayaan pemain berusia 36 tahun itu memenangi Piala Dunia pertamanya bersama Argentina di Qatar tahun lalu.
Bagaimanapun, pemilihan itu mencetuskan polemik dalam kalangan peminat bola sepak di seluruh dunia.
Ini memandangkan ramai berpendapat dua pencabar terdekatnya, Erling Haaland dan Kylian Mbappe, lebih layak menang kerana lebih menyerlah di peringkat kelab, terutama Haaland, yang membantu Manchester City menjulang kejuaraan 'treble' musim lalu.
Jadi, anda rasa siapa lebih layak menang Ballon d'Or tahun ini? Undi di sini.

Anda rasa siapa lebih layak menang Balon d'Or

— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) October 31, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Lionel Messi #Kylian Mbappe #Ballon d'Or #Erling Haaland