"Mereka cuba segalanya beri Ronaldo kasut emas" -- Peminat ejek Cristiano Ronaldo jaring dua penalti benam Al-Ittihad

Ammar Hakim
December 27, 2023 09:50 MYT
Penyokong menerusi X mengutuk Cristiano Ronaldo kerana menjaringkan dua gol menerusi sepakan penalti ketika pertembungan Al-Nassr dengan Al-Ittihad.
Ikon Portugal itu menginspirasikan kemenangan 5-2 Al-Nassr ke atas juara bertahan Liga Pro Saudi ketika bertandang di tempat lawan awal pagi tadi.
Ronaldo menemui jaringan pada minit ke-11 namun dibatalkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid. Abderrazak Hamdallah kemudian memberikan tuan rumah gol pendahuluan tiga minit kemudian mengatasi Nawaf Alaqidi.
Al-Nassr diberikan penalti pada minit ke-17 selepas Otavio dijatuhkan di dalam kotak penalti, Cristiano Ronaldo menggunakan kesempatan itu untuk menyamakan kedudukan. Pemenang Ballon d'Or lima kali itu kemudian menggegar palang pada minit ke-22.
Anderson Talisca menjadikan kedudukan 2-1 16 minit kemudian sebelum Hamdallah menyamakan kedudukan dalam separuh masa kedua. Karim Benzema membazirkan peluang seminit kemudian untuk kembali meletak pasukannya di hadapan.
Al-Ittihad sekali lagi dihukum dengan penalti pada minit ke-66, dengan Fabinho diarah keluar padang kerana melakukan kekasaran terhadap Otavio. Cristiano Ronaldo sekali lagi menemui sasaran untuk meletak pasukannya dihadapan. Dua lagi gol daripada Sadio Mane memastikan kemenangan 5-2 buat pelawat.
Dua gol Ronaldo menyaksikan dia telah meledak 53 gol pada 2023, mengatasi Harry Kane sebagai penjaring gol terbanyak tahun ini.Bagaimanapun, ramai peminat mengejeknya kerana bergantung kepada sepakan penalti, dengan 15 daripada jumlah keseluruhannya hadir daripada sepakan penalti.
Seorang peminat menyiarkan di X, menuduh Liga Pro Saudi membantu Ronaldo memenangi Kasut Emas:
"Mereka mencuba segala-galanya untuk memberikan Ronaldo kasut emas. Dua gol penalti?? Biar betul!."

They trying everything to give Ronaldo the golden boot?? A brace for pens?? Esiz! Come on Haaland??

— 'THE NOTORIOUS' (@biggie_panduh) December 26, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ronaldo score brace, ago check a two penalties.

— CFCLaryeak (@Laryeak1) December 26, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ronaldo getting all the praise for scoring two penalties. Sadio Mane got a brace of open play goals.

— Alisson the ? (@0PINI0N4T3D) December 26, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Penaldo for a reason

— ???????? (@therealpaps11) December 26, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ronaldo hits brace for Al Nassr today, and guess what? The two were all penalties, his favorite way of scoring

— Sofyan Amra Bat (@Red_devull) December 26, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

penaldo if you have any iota of shame, you’ll retire from this sport https://t.co/0iDBWFT3DZ

— drive-by, ujo. (@guustavo_ball) December 26, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Cristiano Ronaldo #Karim Benzema #Al-Ittihad #Liga Pro Saudi #Al-Nassr
;