Mentaliti juara Lisandro Martinez mampu pacu Manchester United --McTominay

Shaiful Shamsudin
December 21, 2022 12:20 MYT
Mentaliti pertahanan Argentina yang memenangi Piala Dunia, Lisandro Martinez, boleh menjadi azimat membantu Manchester United menamatkan kemarau trofi lima tahun mereka musim ini, menurut Scott McTominay.
Martinez pada mulanya bergelut selepas berhijrah dari Ajax ke United Julai lalu, tetapi sejak itu pertahanan tersebut muncul sebagai tunjang penting dalam pasukan berwajah baharu yang diterapkan Erik ten Hag yang kini menguasai tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL).
Martinez tampil dalam lima daripada tujuh perlawanan untuk memperkuatkan Argentina di Qatar -– dua kali dalam kesebelasan utama -- ketika Lionel Messi mengetuai La Albiceleste untuk menjulang gelaran ketiga mereka yang dimenangi menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Perancis.
Berucap kepada penyokong United menjelang perlawanan pusingan 16 terakhir Piala Liga Inggeris (EFL) menentang Burnley pada awal pagi esok, McTominay memperincikan perbualan pertamanya dengan Martinez susulan kemenangan Argentina itu apabila menegaskan The Red Devils perlu mengamalkan mentaliti kemenangan untuk mencabar kejuaraan.
"Kejayaan adalah sentiasa memenangi trofi dan itulah perkara paling penting di kelab bola sepak ini," kata McTominay.

Morning. pic.twitter.com/M4a9SIzekj

— Manchester United (@ManUtd) December 19, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Dengan pengurus ketika ini, kami mempunyai peluang yang sangat baik untuk memulakan perjalanan itu, khususnya tahun ini.
"Kami mempunyai peluang yang sangat baik untuk menterjemahkan kemampuan kami dan kami benar-benar bersemangat.
"Saya rasa ini adalah tahun bahawa kami boleh melakukannya dan itu ditegaskan barisan kejurulatihan skuad ini.
"Semalam, saya menghantar mesej kepada Lisandro untuk mengucapkan tahniah dan dia berkata, 'kita akan berjuang untuk trofi yang seterusnya'.
"Dia baru sahaja memenangi Piala Dunia, jadi itu menunjukkan mentaliti yang ada di dalam pasukan ini."
#Argentina #Piala Dunia Qatar #Lisandro Martinez