ARSENAL 2 FULHAM 2
Mikel Arteta menegaskan ia tidak akan menjadi isu psikologi buat Arsenal biarpun mereka dibolosi pada minit pertama perlawanan di tempat sendiri buat kali ketiga pada tahun ini ketika berentap dengan Fulham, tengah malam tadi.
Kesilapan Bukayo Saka membolehkan Andreas Pereira merakamkan gol pembukaan untuk pelawat selepas hanya 57 saat pertemuan di Emirates untuk mengulangi permulaan buruk yang sama ketika menentang Southampton dan Bournemouth musim lalu.
Tuan rumah hampir melengkapkan kebangkitan apabila pemain gantian, Eddie Nketiah, memasukkan hantaran lintang Fabio Vieira ketika berbaki 18 minit permainan.
Sebelum itu, Saka menebus kesilapan awalnya dengan menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti, sementara pertahanan pelawat, Kenny Tete, dihukum akibat menjatuhkan Vieira yang menyusup ke dalam kotak penalti ketika menyambut hantaran lolos Gabriel Martinelli.
Dan sebaik Calvin Bassey dilayangkan kad kuning kedua kerana menjatuhkan Nketiah, harapan Fulham seolah-olah lenyap sebelum Joao Palhinha menyambut sepakan sudut Harrison Reed untuk merobek gawang yang dikawal Aaron Ramsdale pada minit ke-87.
Arteta kesal anak buahnya telah menghadiahkan Fulham satu mata dengan dua gol buruk, namun tetap mahu memuji usaha pemainnya memulihkan ketenangan selepas satu lagi permulaan buruk.
“Apabila anda melakukan kesilapan pada minit pertama sebagaimana yang kami lakukan dan anda menghadiahkan gol kepada pihak lawan, permainan boleh menjadi lebih sukar,” katanya.
“Reaksi anak buah saya selepas itu termasuk dalam separuh masa pertama berdasarkan jumlah situasi dan peluang yang kami hasilkan, kami langsung tidak memberikan sebarang ruang buat pelawat.
"Kami mengawal sepenuhnya permainan tetapi tumpul untuk menghasilkan gol.
“Kami melakukan beberapa perubahan dalam separuh masa kedua. Dinamik berubah, kami mempunyai gandingan yang lebih baik. Saya rasa Nketiah dan Vieira mengubah perlawanan dan impak yang besar. Saya suka dengan keazaman dan keyakinan yang mereka bawa kepada pasukan.
“Kami mendahului 2-1 dan perlu mempertahankan kelebihan dengan nyawa sendiri. Kami tidak boleh melepaskan gol selepas semua yang kami lakukan kerana kami sepatutnya menjaringkan lima, enam, tujuh gol.
“Kami melakukan kesilapan besar di sini pada tahun lalu dengan memberikan gol kepada Aleksandar Mitrovic. Inilah sebahagian daripada bola sepak.
“Saya tidak melihatnya membelenggu fikiran pemain. Dalam mana-mana sukan lain sekalipun, anda boleh menang dengan jurang seratus mata tetapi ini adalah bola sepak.
“Kami mencatat keputusan seri, kami melepaskan dua gol yang sangat buruk. Dalam Liga Perdana Inggeris, apabila anda memberi ruang kepada lawan maka anda akan dihukum dan begitu juga dengan kami pada hari ini.
“Jika saya membandingkan perlawanan yang kami hadapi ketika menentang Fulham musim ini dan musim lalu, hari ini kami sekurang-kurangnya 10 kali lebih baik berbanding musim lalu. Kami jauh lebih baik daripada musim lalu. Musim lalu kami menang 2-1 pada minit terakhir tetapi hari ini kami seri 2-2.”
Shaiful Shamsudin
Sun Aug 27 2023


Arteta puji kepulangan Ramsdale ketika tewaskan Brentford
Mikel Arteta akui tidak meragui bahawa Aaron Ramsdale beraksi cemerlang apabila kembali diturunkan selepas penjaga gol itu menghalang Brentford daripada mendapatkan jaringan.

Piala EFL: Jaringan pertama Reiss Nelson bawa Arsenal ke pusingan 16 atasi Brentford
Reiss Nelson menjaringkan gol pertamanya musim ini dan Aaron Ramsdale memastikan gawangnya tidak dibolosi untuk Arsenal menewaskan Brentford 1-0 dalam perlawanan Piala Liga Inggeris (EFL) di Stadium Komuniti Gtech awal pagi tadi.

Arsenal bangkitkan semula minat terhadap Ivan Toney
Arsenal bersedia untuk mengembalikan minat mereka terhadap penyerang Brentford, Ivan Toney.

EPL: Mikel Arteta kecewa Arsenal gagal curi peluang benam Spurs
Mikel Arteta meratapi kegagalan Arsenal meraih tiga mata susulan terikat 2-2 ketika bertemu Tottenham Hotspur 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates semalam.

EPL: Dua gol Son Heung-min bantu Spurs ikat Arsenal
Son Heung-min menjaringkan dua gol penyamaan ketika Tottenham mengikat Arsenal 2-2 dalam aksi derby London utara saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates.

Postecoglou: Saya tidak perlu tiru Arteta
Pengurus Tottenham, Ange Postecoglou, menyatakan kekaguman tinggi terhadap Mikel Arteta tetapi gagal melihat banyak persamaan di antara mereka.

EPL: David Raya yakin mampu jadi penjaga gol utama Arsenal
David Raya yakin dirinya mampu menjadi penjaga gol utama Arsenal walaupun mengakui tidak pasti akan diturunkan dalam perlawanan 'Derby London' menentang Tottenham hujung minggu ini.

UCL: Arsenal buat PSV Eindhoven tampak tidak bermaya
Mikel Arteta berasa sebak dengan malam yang indah ketika Arsenal menandakan kepulangan ke kancah Liga Juara-Juara (UCL) dengan kemenangan bergaya 4-0 ke atas naib juara Eredivisie musim lalu, PSV Eindhoven, di Stadium Emirates.

UCL: Gabriel Jesus teruja nikmati pentas berprestij
Kenangan zaman kanak-kanak menjadi azimat buat Gabriel Jesus tentang betapa seriusnya dia mengidamkan pentas Liga Juara-Juara (UCL) apabila sanggup ponteng sekolah demi menonton perlawanan itu.

Arsenal banyak belajar daripada memori pahit
Kisah perjuangan Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris seringkali dinodai titik hitam saat berkunjung ke satu gelanggang – Goodison Park.

Ryder Cup day one: Luke Donald puts faith in his rookies as the action starts
Ludvig Aberg and Sepp Straka are be in action for Europe in the morning foursomes.

Jamie Joseph relishing Japan’s all-or-nothing ‘grand final’ against Argentina
The result meant England will top Pool D – the winner between Japan and Argentina next week will join them in the World Cup quarter-finals.

Japan beat Samoa as England’s World Cup progress confirmed
The Brave Blossoms go on to face Argentina in final round of Pool D matches.

I’m never happy – Kevin Sinfield not getting carried away with England’s defence
England have conceded one try in three World Cup matches – a far cry from Steve Borthwick’s first nine Tests when the line was breached 30 times.

Bucks confident of returning to the top after Lillard trade
The Milwaukee Bucks have traded for Damian Lillard, in a move they hope turns around their fortunes after last season's disappointment.

Ireland number eight Jack Conan could return from injury against Scotland
Andy Farrell’s side complete their Pool B fixtures on October 7 against Scotland in Paris.

Xavi wants Barcelona to make defensive improvements against Sevilla
The Barca boss is expecting a tough test when Sevilla visit the Nou Camp.

Gregor Townsend makes sweeping changes to Scotland side for Romania clash
Backs Chris Harris and Kyle Steyn are the only two players to have retained their place in the side from last Sunday’s win over Tonga.

Chaos at Scunthorpe – Owner ends funding with club forced to leave Glanford Park
The Iron said they would play at Gainsborough Trinity, who revealed they knew nothing about the agreement.

Team Europe split on ‘revenge’ mission but united in quest for Ryder Cup glory
The record 19-9 defeat by the United States at Whistling Straits was a humbling experience.