Memphis Depay pilih kekal, Barcelona tamatkan kontrak Martin Braithwaite

Shaiful Shamsudin
September 1, 2022 07:45 MYT
Memphis Depay bertekad mencurahkan masa depannya bersama Barcelona sambil berkata bahawa dia komited untuk memenuhi kejayaan di kelab itu.
Pemain antarabangsa Belanda itu masih belum beraksi bersama gergasi Catalan berkenaan musim ini dan telah dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Serie A, Juventus.
Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, Tottenham dan Newcastle United turut dikhabarkan berminat untuk menandatangani bekas penyerang Manchester United dan Lyon itu.
Bagaimanapun, pemain berusia 28 tahun tersebut melalui media sosial mengesahkan dia tidak akan meninggalkan Camp Nou dengan menciap di Twitter: "Saya memutuskan untuk kekal di Barca! Memberikan komitmen penuh untuk menyumbang kepada kejayaan kelab."

Agreement to terminate Martin Braithwaite's contract with FC Barcelona

— FC Barcelona (@FCBarcelona) September 1, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rakannya di bahagian penyerang, Martin Braithwaite, memilih pesaing LaLiga, Espanyol.
Pemain berusia 31 tahun itu menyertai kelab berkenaan daripada Leganes pada Februari 2020 ketika Barca melengkapkan perpindahan terdesak di luar musim pembelian berikutan kecederaan yang melanda Ousmane Dembele.
Braithwaite menyumbangkan dua gol dalam Liga Juara-Juara (UCL) ke atas Dynamo Kyiv dalam kempen 2020-21, tetapi kecederaan pada musim lalu menyebabkannya tersisih lama.
Kontrak penyerang Denmark itu sah ditamatkan awal pagi tadi.

Agreement to terminate Martin Braithwaite's contract with FC Barcelona

— FC Barcelona (@FCBarcelona) September 1, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Barcelona #Memphis Depay #Martin Braithwaite
;