Pep Guardiola mengeluarkan respons sarkastik terhadap dakwaan Zlatan Ibrahimovic bahawa ego pengurus Manchester City itu boleh menghalang perkembangan Erling Haaland, sambil bergurau dia 'cemburu' terhadap penyerangnya.

Haaland telah menjaringkan 17 gol dalam 11 penampilan pertamanya di Liga Perdana Inggeris (English Premier League), dengan mengecilkan cadangan dia mungkin bergelut untuk menyesuaikan diri dengan gaya permainan Guardiola.

Bagaimanapun, Ibrahimovic -- yang terkenal gagal berhubung dengan Guardiola ketika berkhidmat di Barcelona --- mencadangkan pengendali City itu tidak akan menerima eksploitasi luar biasa Haaland.

Bercakap kepada Canal+, Ibrahimovic berkata: "Bolehkah Guardiola menjadikan Haaland lebih kuat? Ia bergantung kepada ego Guardiola, jika dia membiarkan dia menjadi lebih besar daripadanya atau tidak. Dia tidak membenarkan saya menjadi lebih besar."

Komen-komen itu dikemukakan kepada Guardiola pada sidang akhbar menjelang pertemuan Liga Perdana Inggeris malam ini bertemu Fulham, dan pengendali dari Sepanyol itu memberikan jawapan berbaur sindiran.

"Dia betul. Dia tepat sekali," kata Guardiola dengan sinis. “Dalam kelab ini, dalam pasukan ini, ego saya melebihi prestasi pemain.

"Saya tidak suka apabila Erling menjaringkan tiga gol dan tumpuan yang diberikan kepadanya. Saya sangat cemburu, secara jujur. Sangat cemburu. Saya berkata selepas itu: 'Tolong, Erling, jangan jaringan gol lagi'.

"Saya mahu media bercakap tentang saya. Dia betul. Dia mengenali saya dengan cukup sempurna."