Melaka United FC dan Sarawak United FC diminta bangkit semula selepas sah tidak lagi bersaing dalam kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Perkara itu disuarakan bekas penjaga gol kebangsaan, Mazlan Wahid, yang pernah menabur bakti bersama kedua-dua pasukan itu sepanjang kariernya bergelar pemain.
“Kedua-dua pengurusan pasukan termasuk penyokong setia perlu menerima dengan hati terbuka keputusan yang dikenakan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) walaupun pahit.
“Begitu pun, secara peribadi bagi saya, ia bukan satu pengakhiran kepada Melaka United dan Sarawak United untuk kembali bersaing dalam liga utama negara pada masa depan.
“Penyingkiran daripada Liga-M 2023 adalah peluang kedua-dua pasukan yang mempunyai jumlah penyokong besar memperbetulkan semula kelemahan yang terlepas pandang sebelum ini,” kata Mazlan.
Pada Selasa lalu, MFL menolak rayuan yang dikemukakan kedua-dua kelab Liga Super itu untuk memohon lesen kebangsaan bagi beraksi dalam saingan Liga-M musim depan.
Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL membuat keputusan selaras Artikel 3.4.4 yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2022.
Sarawak United gagal memenuhi kriteria kewangan dan kesukanan, manakala Melaka United pula tidak mengemukakan bukti pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai sehingga Ogos lalu.
MFL sebelum ini membenarkan kedua-dua kelab tersebut mengemukakan rayuan selepas kegagalan memenuhi kriteria ditetapkan First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi mendapatkan lesen kebangsaan.
Pada masa sama, Mazlan juga mengakui masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari pasukan Liga-M berkaitan dengan permohonan lesen kebangsaan.
“Saya sedikit kecewa kerana masalah berkaitan lesen ini sering berulang seolah-olah kelab-kelab Liga-M tidak mempelajari sesuatu. Kebanyakan kelab yang beraksi dalam Liga-M masih belum stabil untuk beraksi sebagai sebuah kelab.
“Liga kita ini baru hendak memasuki era kelab bola sepak, sebelum ini kita banyak berpersatuan, jadi masih banyak perkara perlu dipelajari bagi melicinkan operasi sesebuah kelab bola sepak,” ujarnya.
Pada masa sama, Mazlan mengakui kecewa apabila Melaka United dan Sarawak United mengikut jejak Perlis yang disingkirkan daripada saingan Liga-M sebelum ini.
“Komuniti bola sepak tentu sahaja tidak mahu berlaku lagi penyingkiran pasukan lain selepas penyingkiran pasukan Perlis daripada saingan liga utama negara beberapa tahun lalu.
“Apa yang berlaku kepada Melaka United dan Sarawak United ini seharusnya dapat dielakkan sekiranya kedua-dua pasukan itu mengambil pengajaran kes Perlis.
“Penyingkiran kedua-dua pasukan itu juga secara tidak langsung menyempitkan ruang kepada pemain tempatan akar umbi menonjolkan diri dalam saingan tertinggi negara, yang kini lebih dikuasai pemain import,” tambahnya.
Untuk rekod, MFL sebelum ini membatalkan penyertaan Perlis dalam Liga-M 2019 berkuat kuasa pada 20 Februari 2019.
Keputusan membatalkan penyertaan skuad Singa Utara itu dibuat selepas meneliti secara terperinci dokumen kewangan yang diserahkan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA).
Pada 2020, MFL juga mengambil tindakan sama apabila menyingkirkan Felda United FC dan UKM FC daripada Liga-M selepas kedua-dua pasukan gagal mendapatkan lesen kebangsaan.
Kredit: Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 03 2022
SMJ Cup: KL City, Sabah buntu temui ramuan penyudah
SABAH 0 KL CITY 0
redONE Mobile Keluar-Masuk Liga M: Haris Stamboulidis perisai baru The Rhinos
Berbaki kurang dua minggu sebelum sepak mula, spekulasi perpindahan pasukan Liga Super semakin menarik apabila hampir semua pasukan sedang giat menandatangani pertahanan berprofil tinggi untuk mengekang cabaran yang akan diberikan oleh seteru lawan.
Lembah Klang destinasi baru Mahali Jasuli
Menerusi kemas kini terbaru laman sosial Kuala Lumpur City (KL City), persoalan hala tuju bekas pemain kebangsaan, Mahali Jasuli, akhirnya terjawab apabila kelab yang berpangkalan di ibu kota itu mengumumkannya sebagai pemain terbaru mereka.
Negeri Sembilan FC tidak panik pramusim kurang memberangsangkan
Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC, Azzmi Aziz, yang menegaskan fokusnya dan barisan kejurulatihannya kini untuk memperkasakan keserasian dan persefahaman dalam kalangan pemain menjelang sepak mula Liga Malaysia (Liga-M).
SMJ Cup: Kuching City menang tipis atasi Hougang United
Selepas ditewaskan oleh Kuala Lumpur City (KL City) tempoh hari, Kuching City berjaya bangkit mengatasi pasukan dari Singapura, Hougang United, dalam perlawanan pramusim Piala Sabah Maju Jaya Cup (SMJ Cup), sebentar tadi.
Nafuzi hargai kesetiaan, semangat pemain KDA FC
Ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain menghargai kesetiaan dan semangat pemain pasukannya terutamanya muka lama yang terus memberikan aksi terbaik biarpun dilanda dengan masalah tunggakan gaji pada musim 2023.
Harimau Kumbang mahu pemain sesuaikan diri sistem VAR
Penang FC mahu semua pemainnya segera menyesuaikan diri dengan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) yang bakal diaplikasikan dalam saingan Liga Super 2024-2025.
Liga Juara-Juara: Vinicius Junior pamer perkembangan luar biasa -- Ancelotti
Carlo Ancelotti percaya mutu permainan Vinicius Junior semakin berkembang hari demi hari, selepas penyerang Real Madrid itu beraksi semula dalam Liga Juara-Juara.
Hari Ten Hag bertelagah dengan Ronaldo, dia tidak lagi dihormati -- Wesley Sneijder
Bekas legenda Belanda, Wesley Sneijder, berasakan hari ketika Erik Ten Hag bertelagah dengan Cristiano Ronaldo adalah permulaan kepada pengendali berusia 54 tahun itu tidak lagi dihormati.
Bekas pemain yakin Arne Slot pilihan tepat buat Liverpool
Bekas pertahanan Belanda, Ron Vlaar, percaya Arne Slot tidak memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan Liga Perdana Inggeris apabila dia mengambil alih jawatan pengurus Liverpool.
Alcaraz sees Madrid Open reign ended by Rublev in last eight
Carlos Alcaraz's 14-match winning run at the Madrid Open was ended by Andrey Rublev on Wednesday.
Pochettino says Chelsea in 'most challenging period' ahead of Spurs reunion
Mauricio Pochettino's Chelsea take on his former club Tottenham on Thursday, with both teams needing points in the race for Europe.
Giannis and Lillard 'very' close to returning as Bucks keep Pacers series alive
Giannis, Lillard 'very, very close'
Rybakina saves two match points to beat Putintseva in Madrid Open quarter-finals
Elena Rybakina was pushed all the way by her compatriot Yulia Putintseva, but she held her nerve to reach the Madrid Open semi-finals.
Legendary Formula One designer Newey to leave Red Bull amid Ferrari links
Designer Newey to leave Red Bull
De Rossi 'can do great things' at Roma, says former team-mate Cafu
Cafu told Stats Perform of his delight at the progress of former Roma team-mate Daniele De Rossi, who he thinks has become a "great coach".
Bruno Fernandes hints at Manchester United departure
Fernandes hints at Man Utd exit
Marsh named captain in Australia's T20 World Cup squad as Smith and Fraser-McGurk miss out
Mitchell Marsh will lead Australia at the T20 World Cup, but there is no place in the squad for Steve Smith or Jake Fraser-McGurk.
Ancelotti defends Kroos substitution against Bayern Munich
Carlo Ancelotti has explained his reason for substituting Toni Kroos during Real Madrid's pulsating clash with Bayern Munich on Tuesday.
Manchester United clearout continues as two more senior boardroom figures depart
Patrick Stewart and Cliff Baty are the latest senior figures in the Manchester United boardroom to depart since Jim Ratcliffe's arrival.