McKennie tinggalkan Juventus untuk sertai Leeds United

Muzaffar Musa
January 31, 2023 04:01 MYT
Pemain tengah Juventus, Weston McKennie, sah menyertai Leeds United secara pinjaman.
Pemain serba boleh Amerika Syarikat (AS) itu menyertai Juve pada 2020 dengan kesepakatan sementara daripada Schalke sebelum dibeli secara tetap.
McKennie beraksi dalam 70 perlawanan Serie A bersama Bianconeri, temasuk 15 dalam musim ini, tetapi pasukan gergasi Itali itu kelihatan terbuka untuk melepaskannya walaupun Paul Pogba belum cergas sepenuhnya.
Kemenangan 2-0 ke atas Monza hujung minggu lalu diraih Juve tanpa McKennie, yang sudah diduga akan menyertai Leeds.
Kelab yang berpangkalan di Elland Road itu dilatih oleh bekas pemain AS, Jesse Marsch, dan turut diwakili dua rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan AS, iaitu Tyler Adams -- kapten USMNT -- dan Brenden Aaronson.
Perpindahan McKennie dilengkapkan awal pagi tadi dengan kesepakatan itu turut merangkumi pilihan pembelian secara tetap selepas tamat musim ini.

? #WelcomeWeston pic.twitter.com/heUO6hRVej

— Leeds United (@LUFC) January 30, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Juventus #Leeds United #Serie A #Liga Perdana Inggeris #Weston McKennie