Pemain warisan negara, Mats Deijl, dijangkakan bakal membuat debut pertamanya bersama Harimau Malaya ketika berdepan New Zealand.

Mengikut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain berusia 27 tahun itu yang merupakan bekas rakan sepasukan Ryan dan Declan Lambert di kelab Belanda, Den Bosch, dikhabarkan akan beraksi pada Oktober depan bagi memperkuatkan skuad negara.






Dalam satu podcast yang tular pemain berdarah campuran Malaysia-Belanda itu menjelaskan bahawa: "Proses pendokumentasian sudah selesai. Semua dokumen saya telah kemukakan pada mereka dan mereka sudah menerimanya.

"Ini merupakan sijil kelahiran datuk saya, semua dokumen sudah dihantar kepada pihak yang berkaitan." katanya.