Matic kembali bergabung dengan Mourinho di Roma

Muzaffar Musa
June 15, 2022 06:14 MYT
Nemanja Matic kembali bergabung dengan Jose Mourinho di AS Roma, di mana dia menyertai kelab Serie A itu secara perpindahan percuma setelah dilepaskan Manchester United.
Pemain berusia 33 tahun itu menandatangani kontrak setahun di ibu kota Itali berkenaan yang akan kembali mempertemukannya dengan rakan sepasukan di United, Henrikh Mkhitaryan, dan bekas pemain Chelsea, Tammy Abraham, di Stadio Olimpico.
Pemain kebangsaan Serbia itu sebelum ini mengesahkan bahawa musim lalu merupakan musim terakhirnya di Old Trafford dan selepas menghabiskan lima tahun di Manchester, dia kini menandatangani kontrak baru untuk berkhidmat di bawah bimbingan Mourinho buat kali ketiga sepanjang kariernya.
"Saya gembira dan berbesar hati untuk menyertai kelab ini dan tidak sabar untuk memulakan musim baru bersama rakan sepasukan.
"Roma kelab yang besar dengan penyokong yang hebat dan jurulatih, Jose Mourinho, amat dikenali semua orang -- menjadikan keputusan ini amat mudah untuk ditentukan.

? ??????? | Nemanja Matic ??? The club is delighted to confirm the Serbian midfielder as our first signing of the summer - and proud to continue to raise awareness in the search for missing children all around the world. ❤️ #ASRoma | @ICMEC_official pic.twitter.com/pwOtr8id5M

— AS Roma English (@ASRomaEN) June 14, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya berharap dengan bersama-sama kita dapat mencapai sesuatu yang hebat," kata Matic.
Pada 2014, selepas tiga tahun bersama Benfica di Portugal, Matic kembali menyertai Chelsea untuk berkhidmat di bawah bimbingan Mourinho sebelum dia mengikuti pengurus itu ke Manchester United pada 2017 -- setahun selepas Mourinho ke Old Trafford.
Sepanjang lima tahun bersama kelab itu, dia telah melakukan 189 penampilan dalam kesemua kejohanan dan muncul naib juara Piala FA musim 2017-18 dan Liga Europa 2020-21.
#bola sepak #Jose Mourinho #Nemanja Matic #AS Roma