Mason Greenwood terima sokongan di Getafe

Shaiful Shamsudin
September 6, 2023 10:03 MYT
Mason Greenwood gembira berada di Getafe ketika dia diperkenalkan di hadapan penonton tuan rumah buat kali pertama berikutan perpindahannya secara pinjaman daripada Manchester United.
Pemain berusia 21 tahun itu beralih angin ke Sepanyol pada hari tarikh akhir perpindahan selepas bulan lalu mengumumkan hasratnya meneruskan kariernya di luar Old Trafford.
Greenwood telah digantung oleh United sejak Januari 2022 atas dakwaan berkaitan menyerang seorang wanita muda selepas imej dan video disiarkan di atas talian selain menghadapi tuduhan termasuk cubaan merogol dan menyerang.
Tetapi pada Februari tahun ini pihak pendakwa raya menghentikan kes itu.
Greenwood berpeluang berlatih di hadapan penyokong Getafe dalam sesi latihan terbuka awal pagi tadi sebelum diperkenalkan kepada penyokong tempatan di samping rakan sepasukan yang baru, Rico dan Oscar Rodriguez.
Pemain yang mempunyai satu penampilan antarabangsa bersama England itu merupakan pemain terakhir dalam kalangan daripada tiga muka baru tersebut yang diperkenalkan di Coliseum Alfonso Perez dan menerima sorakan daripada penyokong Getafe sebelum dia membalas lambaian dan menendang bola yang ditandatanganinya ke arah tempat duduk.
Greenwood berkata: “Saya sangat gembira dapat berada di sini.

The Mason????? ?? ? @masongreenwood pic.twitter.com/pcr1yKtyZe

— Getafe C.F. English (@GetafeCFen) September 5, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya telah berlatih selama empat atau lima bulan, saya semakin cergas dan mula berlatih bersama rakan sepasukan dan berasa cukup baik.
“Kami fokus satu perlawanan pada satu-satu masa dan aksi di tempat sendiri dalam beberapa minggu akan datang jadi kami akan cuba untuk menang dan melakukan yang terbaik.”
#Getafe #LaLiga #Mason Greenwood
;