Masalah kecederaan pemain Manchester United kembali 'hantui' Erik ten Hag

Saufi Tahir
October 26, 2024 08:33 MYT
Erik Ten Hag yakin masalah kecederaan yang berterusan kembali menjadi mimpi ngeri buat pasukannya sekali gus menjadi penghalang buat dia menyediakan skuad terbaik dalam memacu kecemerlangan Manchester United.
Jurulatih berusia 54 tahun itu terpaksa menyaksikan Anthony terpaksa dikeluarkan ketika melakar keputusan seri 1-1 berdepan Fenerbahce dalam kempen Liga Eropah (UEL) semalam dan pemain itu masih bergelut dengan kecederaannya sebelum ini.

Recovery ?#MUFC pic.twitter.com/A9Sdfgqy8J

— Manchester United (@ManUtd) October 25, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
The Red Devils hilang khidmat 10 tonggak utamanya dengan sembilan pemain yang tidak dapat dibawa ke Turkiye susulan terpalit masalah kecederaan sebelum ini.
Ten Hag telah meraih empat kemenangan daripada 13 perlawanan dalam semua pertandingan dengan seri lima kali dan kalah empat kali.
Dengan kehilangan nama besar seperti Luke Shaw, Leny Yoro dan Tyrell Malacia yang masih bergelut dengan kecederaan, dia percaya itu merupakan masalah utama di Old Trafford.
"Apabila anda mempunyai pemain yang tidak tersedia, anda tidak boleh meletakkan barisan terbaik dalam pasukan. Kami memerlukan lebih ramai pemain yang sentiasa bersedia untuk beraksi.

ℹ️ Erik was asked which Reds may be available for West Ham.#MUFC || #PL

— Manchester United (@ManUtd) October 25, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami semua perlu bekerjasama dalam perkara ini bersama pemain, staf kejurulatihan dan semua kakitangan lain.
"Kami perlu melakukan lebih baik dalam hal itu kerana kami tahu sekiranya semua pemain boleh beraksi, kami adalah pasukan yang kuat buat pasukan lawan dan kami benar-benar akan berjaya." katanya.
#bola sepak #Manchester United #EPL #UEL #Erik ten Hag
;