Martinez tidak nafi Ronaldo akan beraksi menentang Scotland

Aleqha Zainal
October 15, 2024 17:28 MYT
Ketua jurulatih pasukan Portugal, Roberto Martinez, tidak menafikan Cristiano Ronaldo mampu memainkan peranan penting buat skuad Portugal dalam aksi bertemu Scotland yang dijadualkan berlangsung pada awal pagi ini.
Penyerang berusia 39 tahun itu berada dalam senarai pencetak gol ketika Portugal menang 3-1 ke atas Poland di Warsaw dan dikeluarkan pada minit ke-63.
Skuad kendalian Martinez berada di kedudukan teratas Kumpulan A1 Piala Liga Negara-Negara Eropah (UNL) dan terdapat khabar angin mengatakan Ronaldo mungkin tidak berada dalam senarai kesebelasan utama dalam aksi itu.
Bagaimanapun, Martinez menegaskan penyerang Al-Nassr itu berkemungkinan akan turun sama ada pada aksi separuh masa pertama ataupun sebagai pemain gantian.
"Bagi saya, usia bukan kriteria utama untuk beraksi di padang.
"Saya rasa kami menilai setiap kemampuan pemain dan mahu menjaga perasaan mereka.
"Ronaldo telah mempamer aksi cemerlang sepanjang berada dalam skuad gergasi ini," katanya.
Sebagai rekod, Portugal telah memenangi tujuh perlawanan kompetitif terakhir mereka di tempat lawan dengan skor agregat 22-1.
#bola sepak #Cristiano Ronaldo #Portugal #Roberto Martinez #Liga Negara-Negara Eropah #UNL
;