Anthony Martial mula membuka mulut secara jujur mengenai hubungan tegangnya dengan "si kurang ajar" Jose Mourinho dan "pengkhianat" Ole Gunnar Solskjaer dalam satu temu bual.
Pemain berusia 26 tahun itu memulakan kariernya di Old Trafford dengan penuh gemilang, di mana dia menjaringkan 17 gol daripada 49 penampilan selepas ditandatangani seorang lagi bekas pengurus United, Louis Van Gaal.
Bagaimanapun, pemain Perancis berkenaan gagal meneruskan prestasi itu di bawah dua pengurus selepas Van Gaal, iaitu Mourinho dan Solskjaer, dan turut pernah dimalukan secara terbuka oleh salah seorang daripada mereka.
Bercakap kepada France Football, Martial langsung tidak menapis sebarang kenyataannya bagi menggambarkan kekecewaannya terhadap pengurus terkini AS Roma, Mourinho.
"Ia bermula dengan nombor jersi. Sewaktu bercuti, dia (Mourinho) menghantar mesej sama ada saya mahu menggunakan nombor 11 atau tidak sambil menjelaskan ia nombor yang bagus kerana pernah dipakai legenda kelab, Ryan Giggs.
"Saya berkata kepadanya bahawa saya amat menghormati Giggs tetapi lebih memilih untuk kekal menggunakan nombor sembilan. Apabila saya kembali ke kelab, saya nampak jersi saya sudah diletakkan nombor 11 dan kisah itu berlarutan menjadi semakin buruk.
"Dia tidak menghormati saya, dia bercakap buruk mengenai saya kepada media, ayat yang pendek, lebih-kurang sama seperti yang dilakukannya kepada Karim Benzema di Real Madrid.
"Dia sukakan permainan seperti itu tetapi dia sedar dengan siapa dia sedang lakukannya.
"Dia tahu saya baru berusia 20 tahun, di mana jika saya berkata sesuatu, saya akan kelihatan kurang ajar," katanya.
Dia bawah kendalian Solskjaer, yang menggantikan Mourinho pada 2018, Martial kelihatan agak meningkat tetapi pengurus berbangsa Norway itu juga tidak terlepas daripada kritikannya.
"Saya selalu bermain dalam keadaan cedera, ramai tidak tahu tetapi saya perlu bermain walaupun tidak dapat berlari.
"Ia menjadi amat rumit dan saya menjadi mangsa kritikan penyokong, jurulatih langsung tidak mahu menjelaskannya kepada media.
"Amat jelas, akibatnya saya mengalami kecederaaan yang amat buruk dan apabila sudah pulih, saya tidak lagi dapat bermain.
"Saya menanggungnya dengan amat perit, saya berasa ia satu ketidakadilan.
"Anda diminta untuk mengorbankan diri anda untuk pasukan tetapi di sebalik layar, anda disisihkan.
"Bagi saya, ia seperti satu pengkhianatan. Saya boleh dipersalahkan tetapi bukan disebabkan satu kepalsuan," katanya lagi.
Muzaffar Musa
Sun Sep 11 2022


Rooney puji cara The Red Devils kendalikan isu Ronaldo
Wayne Rooney memuji Manchester United kerana segera mengalihkan isu Cristiano Ronaldo sambil menyokong azimat baru mereka, Marcus Rashford, untuk mengatasi rekodnya jaringan sendiri.

EPL: Rashford bidas dakwaan mengarut minta £500,000 seminggu di Manchester United
Marcus Rashford menafikan dakwaan mengarut bahawa dia meminta kesepakatan baru melibatkan bayaran £500,000 (RM2.72 juta) seminggu untuk kekal di Manchester United.

Ferguson, Wenger dua pengurus pertama dalam Hall of Fame EPL
Alex Ferguson dan Arsene Wenger menjadi dua pengurus pertama yang disenaraikan dalam Hall of Fame Liga Perdana Inggeris (EPL).

Christian Eriksen yakin sempat pulih barisi Manchester United
Christian Eriksen sedia meningkatkan program pemulihannya dalam usahanya memainkan peranan bersama Manchester United yang merintis potensi mendakap tiga trofi musim ini.

Maguire akui tidak berasa dihargai sepenuhnya di Man United
Pertahanan tengah England, Harry Maguire mencadangkan dia tidak berasa dihargai sepenuhnya di Manchester United dan menegaskan pengaruhnya masih dirasai sepenuhnya di kelab itu.

Ratcliffe tak sanggup penuhi harga mengarut beli Manchester United
Jutawan Britain, Jim Ratcliffe, menegaskan bahawa dia tidak akan membayar harga yang tidak masuk akal demi menguasai Manchester United tatkala tarikh akhir bidaan makin hampir.

Piala FA: Keputusan pengadil tidak konsisten, Silva berang Fulham tersingkir di suku akhir
Marco Silva berang kepada pengadil, Chris Kavanagh, dan pengadil yang mengendalikan sistem VAR selepas kekalahan Fulham dalam aksi Piala FA di Manchester United, mendakwa pasukannya bersusah payah bertahan sebelum menerima layangan kad merah.

Piala FA: Evan Ferguson dedah Brighton buru kejayaan di Wembley
Evan Ferguson percaya Brighton and Hove Albion boleh meneruskan dan menempah tempat di Eropah selepas membelasah Grimsby Town 5-0 untuk mara ke separuh akhir Piala FA.

Piala FA: Insiden kad merah buka laluan Man United ke Wembley
Bruno Fernandes menjaringkan dua gol ketika Manchester United menempah slot ke separuh akhir Piala FA dengan kemenangan 3-1 ke atas sembilan pemain Fulham.

Maguire: Saya ada peranan penting di Manchester United
Harry Maguire percaya dia masih mempunyai peranan penting di Manchester United walaupun tidak disenangi di bawah kendalian Erik ten Hag musim ini.

Will Erling Haaland break the Premier League single-season goals record?
It has been quite the first season in the Premier League for Erling Haaland, but will he break Andrew Cole and Alan Shearer's record?

Joshua v Franklin preview: Former knockout kings to go the distance with careers at crossroads
Jermaine Franklin returns to the UK looking to inflict a fourth defeat in six bouts upon former heavyweight champion Anthony Joshua.

Celtics make statement with 41-point demolition of Bucks, Ingram bullies Nuggets
The Boston Celtics kept their chance of the East's top seed alive with a one-sided beat-down over the league-leading Milwaukee Bucks.

Rybakina books place in Miami Open final after extending winning streak to 13
Elena Rybakina is now one win away from becoming the fifth woman to ever complete the Sunshine Double.

Justin Lower leads from Harrington, Kuchar in weather-interrupted Valero Texas Open first round
The first round in Texas was not completed due to fog and darkness, but 51-year-old Irishman Padraig Harrington offered the highlight.

Zii Jia shoo-in for Road To Gold programme. says BAM president
Regardless of his return to the Badminton Association of Malaysia (BAM), Lee Zii Jia will be under the Road To Gold (RTG) programme as one of the potential gold medalist for the 2024 Paris Olympics, according to Norza Zakaria.

Alcaraz continues quest for Sunshine Double with Fritz win, Medvedev and Khachanov progress
Carlos Alcaraz made light work of Taylor Fritz, as he seeks to become the eighth male to win the Sunshine Double.

Medvedev chasing fifth straight final - 'I've never had such a good start to the season'
Daniil Medvedev is chasing a fifth straight ATP Tour final after reaching the last four in Miami, improving his 2023 record to 27-3.

Knicks powerhouse Randle to have ankle injury re-evaluated in two weeks
Randle has set career-highs in points per game, free-throw makes and attempts, and three-pointer makes and attempts in a great season.

Robertson warns Liverpool cannot make any more mistakes in top-four pursuit
Liverpool face an uphill battle to qualify for the Champions League, but Andrew Robertson insists that is where the Reds belong.