Maresca enggan perbesarkan kesilapan penjaga gol Chelsea

Shaiful Shamsudin
January 21, 2025 09:26 MYT
CHELSEA 3 WOLVES 1
Pengurus Chelsea, Enzo Maresca, mempertahankan Robert Sanchez selepas kesilapannya dalam kemenangan 3-1 The Blues ke atas Wolves, awal pagi tadi, sambil menegaskan penjaga gol itu pernah beberapa menyelamatkan maruah The Blues.
The Blues mencatat kemenangan pertama mereka dalam enam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), sementara Newcastle United dan Manchester City kembali ke tangga empat teratas.
Selepas Tosin Adarabioyo memecah kebuntuan perlawanan, skuad kendalian Maresca itu kembali diikat dalam masa kecederaan separuh masa pertama apabila Sanchez dihukum sepakan sudut Matheus Cunha yang membolehkan Matt Doherty membuat terkaman yang membawa kepada jaringan penyamaan.
Ia adalah kesilapan keempat bekas penjaga gol Brighton itu dalam EPL musim ini tatkala pemain Ipswich Town, Arijanet Muric, melakukan kesilapan terbanyak, lima kali.
Namun, Sanchez menerima sokongan tidak berbelah bahagi daripada pengurus The Blues itu.
"Anda kata ia adalah kesilapan keempat yang membawa kepada gol lawan?, katanya kepada Sky Sports.

Home W. 😁#CFC | #CHEWOL pic.twitter.com/0VDI3McbKM

— Chelsea FC (@ChelseaFC) January 20, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Berapa kali pula dia pernah menyelamatkan kami? Lebih daripada empat, jadi tiada masalah.
"Ia berlaku. Kesilapan berlaku terhadapnya, penyerang mahupun pemain tengah.
"Dia telah bermain dengan baik."
#EPL
;