Manchester United hantar Amad Diallo timba pengalaman bersama Sunderland

Shaiful Shamsudin
September 1, 2022 10:54 MYT
Penyerang Manchester United, Amad Diallo, telah menyertai kelab Kejuaraan, Sunderland, secara pinjaman untuk baki musim 2022-23.
Pemain antarabangsa Ivory Coast itu menyertai The Red Devils pada Januari 2021 dari Atalanta tetapi bergelut untuk menyusup ke dalam skuad utama di Old Trafford.
Dia dipinjamkan ke gergasi Liga Perdana Scotland, Rangers, dalam separuh kedua musim lalu dengan meledak tiga gol dalam 13 penampilan.

?⚪️? @Amaddiallo_19 pic.twitter.com/Ks1l1eoaqB

— Sunderland AFC (@SunderlandAFC) August 31, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemain berusia 20 tahun itu akan bekerja di bawah pengurus baru The Black Cats, Tony Mowbray, yang dilantik semalam selepas Alex Neil memilih untuk menyertai seteru Kejuaraan, Stoke City.
“Saya berasa baik dan sangat positif tentang peluang ini, jadi saya gembira dapat berada di sini,” kata Amad kepada laman sesawang rasmi Sunderland.
“Ia adalah satu pengalaman hebat untuk bermain dengan Manchester United tetapi saya di sini untuk cabaran baru dan saya mahu mencuba yang terbaik untuk membawa banyak kejayaan kepada kelab.
"Saya berasa sihat daripada segi fizikal dan saya fikir ini adalah pasukan terbaik untuk saya maju dan walaupun saya tidak pernah ke Stadium of Light sebelum ini, saya sedar penyokong di sini hebat jadi saya harap kami boleh memenangi banyak perlawanan bersama-sama."
#Manchester United #Sunderland #Amad Diallo
;