Pep Guardiola tidak bercadang untuk meraikan kejayaan sekiranya Manchester City mengesahkan kejuaraan hari ini tanpa perlu beraksi sambil membandingkan pengakhiran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan pemain tenis yang menikmati kejayaan Wimbledon.

City di ambang mahkota EPL kelima dalam enam musim dan ia boleh disahkan sebelum mereka beraksi jika pencabar terdekat, Arsenal, tewas kepada Nottingham Forest tengah malam ini.


Bagaimanapun, Guardiola menegaskan bahawa dia tidak memikirkan tentang prospek itu dan hanya fokus untuk menewaskan Chelsea di Stadium Etihad bagi memenanginya di gelanggang sendiri, esok.

Pengurus City itu berkata: “Saya tidak fikir (kami akan meraikannya) kerana kami mempunyai perlawanan sehari selepas itu.




“Dalam fikiran saya, saya ingin berasakan kami perlu menang untuk menjadi juara. Ini yang kami kena fikirkan.

“Kami tidak mampu mengawal Nottingham dan tidak kira apa yang berlaku di Nottingham.

"Kami perlu menjalankan tugas kami dan memenangi permainan ini dengan sendiri.

“Jika kami menang, kami boleh meraikannya di stadium bersama-sama penyokong dan itulah yang terbaik.”