Manchester City mengumumkan bahawa legenda Arsenal dan Perancis, Patrick Vieira, kini sah meninggalkan New York City untuk bergelar pengurus pasukan Nice.
Vieira menuju ke saingan Ligue 1 untuk bersama Nice bagi menggantikan Lucien Favre yang berhijrah ke Borussia Dortmund.
Pengendali berusia 41 tahun itu mengurus New York City sejak 2016 selepas mengemudi skuad simpanan Manchester City susulan persaraan selaku pemain profesional.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada City Football Group dan New York City FC di atas peluang mengendalikan kelab yang hebat ini," kata Vieira dalam kenyataannya, semalam.
"Meninggalkan New York adalah satu keputusan yang besar buat saya dan keluarga. Ia bukan kata putus yang mudah.
"Sejak awal, City Football Group dan pihak atasannya seperti pengerusi, Khaldoon Al Mubarak, Brian Marwood, Ferran Soriano dan Marty Edelman telah memberikan kepercayaan dan tunjuk ajar kepada saya dalam tempoh lapan tahun terakhir karier, termasuk sewaktu bergelar pemain dan juga peluang mengurus pasukan."
Vieira akan membimbing Nice yang menamatkan saingan Ligue 1 pada musim lalu di tangga kelapan dan hanya dibezakan satu mata dengan slot ke saingan Eropah.
Turut menyertai Vieira ke Perancis adalah pembantu jurulatih, Christian Lattanzio, jurulatih kecergasan, Kristian Wilson, serta jurulatih kecergasan fizikal, Matt Cook.
Penulis Jemputan
Mon Jun 11 2018
Pemain Manchester City terpaksa tidur di pusat latihan menjelang perlawanan Boxing Day
Terpaksa berlatih ketika hari natal bukanlah satu perkara luar dari kebiasaan buat pemain bola sepak di Eropah tetapi yang mencuri tumpuan apabila pemain Manchester City diarah untuk tidur di pusat latihan kelab menjelang perlawanan mereka menentang Everton pada Hari Boxing malam ini.
Kami perlu guna Erling Haaland dengan lebih baik -- Kata Pep Guardiola
Pep Guardiola menjelaskan Manchester City perlu menggunakan Erling Haaland dengan lebih baik agar penyerang itu dapat kembali mengembalikan ketajamannya di hadapan gawang.
EPL: Kami akan cari jalan -- Kata Pep Guardiola
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, menjelaskan The Citizens akan mencari jalan keluar untuk kembali melakar kemenangan untuk menamatkan kemerosotan prestasi pasukannya itu.
EPL: Pep Guardiola 'tidak akan urus kelab lain' selepas Manchester City
Pep Guardiola menjelaskan bahawa dirinya akan mengambil cuti panjang atauun berpindah ke pengurusan antarabangsan selepas kontraknya berakhir sebagai pengendali Manchester City.
EPL: Guardiola amat bangga dengan Manchester City walaupun seri dengan Crystal Palace
Pep Guardiola menabik semangat juang Manchester City dan amat berbangga dengan pasukan itu walaupun sekali lagi keciciran mata apabila terikat 2-2 dengan Crystal Palace dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.
Piala Dunia Kelab FIFA: Manchester City jumpa Juventus, Ulsan HD uji Borussia Dortmund
Manchester City bakal melancarkan misi mempertahankan kejuaraan Piala Kelab Dunia FIFA selepas diundi menentang Wydad AC, Al-Ain dan Juventus dalam saingan peringkat Kumpulan G. Skuad kendalian Pep Guardiola merupakan juara bertahan selepas menjulang menjulang kejuaraan itu pada musim lalu selepas melakar kemenangan 4-0 mengatai kelab gergasi Braz
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Manchester City kembali di landasan kemenangan selepas menewaskan Nottingham Forest 3-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad, awal pagi tadi.
EPL: Slot anggap Liverpool 'hampir sempurna' ketika tewaskan Manchester City
Arne Slot percaya Liverpool sudah "hampir sempurna" ketika meraih kemenangan 2-0 ke atas Manchester City di Anfield awal pagi tadi.
EPL: Guardiola mahu 'mulakan semula' selepas Manchester City terus dilanda badi kekalahan
Pep Guardiola mahu "memulakan semula dan bermula dari awal" selepas Manchester City tewas 0-2 kepada Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield awal pagi tadi.
EPL: Jamie Carragher isytihar usaha Manchester City buru gelaran kelima berakhir
Bekas pertahanan Liverpool, Jamie Carragher, mengistiharkan usaha Manchester City dalam pemburuan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) 2024/25 berakhir dengan keputusan 0-2 ditewaskan Liverpool, awal pagi tadi.
New boss Juric pleased with Southampton despite latest defeat
Juric happy with Saints performance
Wolves 2-0 Manchester United: Cunha takes centre stage after Fernandes red card
Report: Wolves 2-0 Man Utd
Heat president Pat Riley says Miami won't trade Jimmy Butler
Riley says Heat won't trade Butler
Iraola: Bournemouth 'couldn't make difference in final third' during Palace stalemate
Iraola: We couldn't make difference
Injury rules Halep out of Australian Open
Halep ruled out of Australian Open
Duran dismissal 'hard to accept' as Emery rues red card
Duran red card 'hard to accept'
Guardiola warns against quick fixes for Man City's slump
Pep: No quick fix for Man City
Newcastle boss Howe 'wouldn't swap Isak for anyone'
Howe: 'I wouldn't swap Isak'
Burnley end Blades' unbeaten home record, Lampard's Coventry thump Rooney's Plymouth
Championship review
Maresca: Fulham defeat not a missed chance in Premier League title race
Maresca: Not a chance missed in PL