Man Utd umum senarai pemain dikekalkan, Mason Greenwood bakal kembali


June 6, 2024 01:57 MYT
Juara Piala FA Inggeris, Manchester United, melakukan rombakan sambil mengeluarkan senarai pemain yang akan dikekalkan bersama kelab itu termasuk penyerang muda, Mason Greenwood.
Terdahulu, pemain berusia 22 tahun itu menghadapi pertuduhan cubaan melakukan amang seksual terhadap bekas kekasihnya sehingga terpaksa dikeluarkan daripada skuad The Red Devils selama satu musim.
Namun, dia berjaya kembali bergelar sebagai seorang pemain bola sepak apabila menyertai kelab dari Sepanyol, Getafe, sebagai pemain pinjaman.

ℹ️ Our retained list has been announced following the conclusion of the 2023/24 season.#MUFC

— Manchester United (@ManUtd) June 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab gergasi England itu, seramai 29 pemain utama termasuk Mason Greenwood merupakan barisan pemain terkini pasukan itu.
Selain itu, selepas 14 tahun bersama United, pemain berusia 23 tahun, Brandon Williams, mengucapkan selamat tinggal susulan penamatan kontraknya musim lalu.
Dalam masa sama, pihak pengurusan sedang menawarkan pemain veteran, Johnny Evans, untuk membuat perbincangan mengenai masa depannya di kelab terkemuka itu.
#bola sepak #Manchester United #EPL #Mason Greenwood