Selepas dinobatkan sebagai juara Piala FA Inggeris menewaskan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, malam tadi, pasukan Manchester United berjaya melayakkan diri ke saingan Liga Eropah (UEL), musim depan.

Meskipun menamatkan perebutan EPL di tangga kelapan liga, namun slot automatik tetap diberikan kepada pasukan The Red Devils itu susulan berhasil mendapatkan gelaran juara Piala FA Inggeris.

Menurut peraturan yang ditetapkan oleh EPL bersama Persatuan Bolasepak England (FA England), skuad kendalian Eddie Howe, Newcastle United, terpaksa melupakan peluang peluang tersebut meskipun menduduki tangga ketujuh liga selain menganggap ia hanyalah sebuah 'janji palsu' kepada pasukan itu.